Skip to main content

C.I.N.T.A Katrina

Adam - Cinta Katrina

Air mata bergenang di tubir mata saya. Sehabis Katrina meluahkan isi hatinya pada Adam, pipi saya sudah basah. Sungguh simpati saya, melimpah ruah untuknya. Sepanjang saya mengikuti drama bersiri Nur Kasih, ini kali pertama hati saya sangat tersentuh. Sangat-sangat. Saat semua watak; Adam, Nabila, Aidil, Mak Jah dan Aliya menuturkan, “Kasihan Nur.” Hati saya lebih belas dengan Katrina. Mengenangkan pengorbanan cinta Katrina. Mengenangkan nasib cinta Katrina.

Demi cinta Katrina berikan dorongan untuk Adam pulang. Meskipun sepemergian Adam tanpa berita, demi cinta Katrina menunggu dengan setia. Kemuncak cinta Katrina dan Adam bersatu. Demi cinta Katrina putus hubungan anak dan bapa. Demi cinta Katrina korbankan cita-cita. Cahaya mata yang diharapkan mengikat cinta dijemput Penciptanya. Ujian cinta Katrina, keupayaan memperoleh zuriat lagi sudah tiada dek kerana bencana. Bencana yang diundang Adam. Adam mabuk ketika memandu. Demi cinta Katrina tetap terima Adam biarpun dalam hati penuh luka. Demi cinta Katrina tinggalkan tanah tumpah darahnya, sahabat taulannya juga. Demi cinta Katrina sebatang kara. Demi cinta Katrina berusaha merawat hati yang luka mengenangkan anakanda. Parut muda berdarah semula. Luka di hati bertambah parah. Madu balasan untuk kesetian dan cinta Katrina. Hati perempuan, madu itu racun nan bisa. Rajuk cinta Katrina bawa diri ke Seberang. Menemukan cinta sebenar miliknya dengan Pencipta. Demi cinta padaNya, Katrina berubah. Demi cinta Katrina datang semula. Menuntut kemaafan, menangih pengertian, mengharapkan kembali tautan cinta. Sebetulnya tiada lagi cinta yang didamba. Namun demi cinta Katrina bertahan menelan pahit perubahan.

"Sebenarnya Katrina..."

“Sebenarnya You tak cintakan I macam You cintakan Nur.”

You tak pandang I macam You pandang Nur.”

You tak layan I macam You layan Nur.”

“…but you are still in my heart...”

Demi cinta Katrina redha dengan ketentuanNya. Adat cinta dunia. Yang baru lebih disayangi. Segalanya lebih baik, lebih cantik. Segala yang indah ada di dalamnya. Yang lama, nak dibuang terasa bersalah, dengan sisa sayang yang ada cuma disimpan buat kenangan. Jika tiada pun, tidak memberi kesan.

Salah Katrinakah? Adam marah ketika Katrina berminat mendalami Islam. Ketika Katrina berminat dengan hukum halal – haram. Adam marah ketika Katrina menolak berubah jadi muslimah sebenar, masih meneguk arak. Kata Adam ketika Katrina menolak tudung pemberiannya,

“Kita tidak boleh jadi orang lain tapi kita boleh berubah menjadi lebih baik.”

Namun Adam tidak juga suka ketika Katrina berjilbab pulang semula ke pangkuannya. Begitulah ketika dalam hati sudah tidak ada lagi cinta. Salah Katrinakah, semua ini terjadi? Salahkah Katrina kerana masih menyintai? Salah Katrinakah?

Inilah cinta dunia, tidak ada jaminan bahagia. Seperti sekali air bah pantai pun ikut berubah. Meskipun Katrina yang pertama dijemput hadir ke dalam hati Adam, namun Nur yang datang kemudian yang bertakhta di singgahsana hatinya. Pilihan Katrina. Memilih untuk mempertahankan setia. Memilih untuk terus menyinta. Sekaligus berkorban demi cinta. Inilah dunia dan itu cinta Katrina.
 
* Kredit foto dari laman web tv3

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...