Lagi, selepas ini apa pula? Saya harap ini yang terakhir dan tidak ada lagi penyamun tarbus. Cukuplah. Suami melilau mencari sandalnya. Terakhir dipakai ketika membeli barang keperluan rumah Isnin lalu. Suami memang susah hendak mencari saiz kasut atau sandal yang sepadan dengannya. Seharian hari ini mencari. Akhirnya mendapati sepasang kasut sukannya juga turut hilang. Kasut itu masih baru lagi. Kerja siapa kalau bukan penyamun tarbus? Maksudnya kejadian ini berlaku dalam minggu ini juga. Rak kasut kami pindahkan ke dalam rumah. Jujurnya saya masih lagi bimbang. Rasa tidak selamat.
Pernah sekali seorang lelaki menyamar, katanya kami minta dia baiki air cond. Mujur pembantu kami tidak buka walau pintu pagar sekalipun. Dia tak matikan enjin motornya pun. Malah topi keledarnya tak ditanggalkan dan motor diletakkan di rumah Abang Zuli. Pembantu kami tak perasan nombor pendaftarannya kerana terlindung. Pembantu tanyakan nama kami tetapi dia mengelak. Akhirnya pembantu hubungi suami. Cepat dia pergi selepas tahu tembelangnya pecah. Dalam saya menarik nafas lega inipun saya rasa risau. Ya Allah, lindungilah kami sekeluarga. Amin. Cepatlah hendaknya rumah Abang Zuli siap. Cepatlah hendaknya Kak Niza pindah masuk. Kak Bib, jiran kami di barisan hadapan cadangkan kawasan rumah kami di pagar dan upah pengawal. Pemaju pun pernah suarakan yang sama. Awal sebelum kami pindah masuk. Kami memang setuju. Ini soal keselamatan. Bukan soal keselamatan harta benda tetapi yang paling penting, nyawa. Malangnya ada yang menentang. Ya, kalau tak kena di batang hidung sendiri memang takkan rasakan.
Comments
Post a Comment