Skip to main content

Saujana Asahan Melaka

Rumah tradisional Melayu Melaka


Tangga bahagian belakang rumah

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga menginap di Saujana Asahan yang letaknya di kaki Gunung Ledang. Ada tugas rasmi merangkap percutian keluarga. Kalau bukan kerana kerja mungkin juga tak sampai ke sini.

Cantik rumah penginapannya. Rumah tradisional Melayu Melaka. Keseluruhan diperbuat daripada kayu. Rumah ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Anjung, ruang tamu, dipisahkan dengan 2 anak tangga ke bilik tidur utama dan bilik tamu. Antara bilik pula, ada tangga ke loteng. Kemudian antara bilik dengan ruang makan dan dapur, dipisahkan dengan ruang ampaian. Ruang ampaian di dalam kawasan rumah serta tertutup kecuali bahagian bumbung. Jadi orang luar tak dapat lihat ampaian kita. Terlindung apa yang sepatutnya dilindungi. Tertibkan orang dulu-dulu. Sekarang ini rata-rata kawasan rumah kita kan sempit. Ruang dapur kecil, bilik tidur kecil, sampaikan tak ada halaman pun. Syukurlah juga. Ada juga tempat tinggal. Ikut kemampuan jugalah, kalau orang berada mungkin boleh dapat lebih daripada itu.

Apapun memang seronok sebab anak-anak pun seronok. Bebas bergerak ke sana ke mari dalam rumah tu. Emaknya pula risau, takut pecah lampu-lampu di situ. Sejuk dan nyaman je walaupun tak buka kipas. Agaknya sebab rumah kayu. Menghadap pula tasik. Mungkin juga sebab dekat dengan kaki gunung. Mungkin juga sebab cuaca yang tak begitu baik.

Asahan dalam kawasan Jasin. Berdekatan dengan Saujana Asahan ni, ada tempat perkelahan, ada air terjun. Lama betul tak berkelah tapi memang tak ada kesempatan nak pergi. Kawasan Saujana Asahan sendiri ada macam-macam kemudahan untuk aktiviti luar tapi tugas rasmi tak melibatkan semua itu. Hari Isnin dah kerja semula, memang tak merasalah semua tu. Jauh juga kedudukan Asahan dari Bandar Melaka.

Itu yang menarik. Ada juga yang kurang menarik. Lalat. Banyak betul terutama di Dewan Makan. Waktu majlis makan malam pun ada lalat. Kebetulan pula jabatan dan orang kampung buat kenduri sembelih seekor lembu. Tidaklah kronik sangat tetapi mengganggu gugatlah juga.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...