Skip to main content

Online Contest - Senyuman Ceria Si Comel

Tertarik sangat dengan peraduan ini walaupun tarikh tutupnya dah nyawa di hujung tanduk. Peraduan senyum ceria si comel, bukan peraduan siapa yang paling comel atau siapa yang paling cantik. Tak kira nak masuk jugalah. Walaupun ambil gambar guna kamera biasa yang tak canggih dan blog emaknya tak menarik, tak kisahlah.

Memperkenalkan si comel penawar dan kesayangan saya:

Inilah Syafiah (penawar) lara di hati saya. Umurnya baru 2 tahun, 10 bulan. Cepat mengajuk, meniru perbuatan atau percakapan yang dilihat dan didengarnya. Suka sangat bergambar. Dek kerana matanya yang sepet, pipinya yang gebu - menyebabkan tiap kali tersenyum lebar - pasti nampak segaris je matanya. Tapi itulah juga yang menawan hati emaknya.



Nur Ramadhan... Kak Long nak solat Maghrib


Inilah bear kesayangan Kak Long


Setiap kali ada kek, setiap kali itulah 'Hari Jadi Kak Long'


Trip dari Terengganu dan Kelantan... letih pun senyum


Tersangatlah cerianya


Balik beraya kat kampung


Dalam demam-demam pun, Kak Long senyum juga


"Kak Long jadi mama"

Ini Hanan (kesayangan) saya. Umurnya baru 10 bulan. Adik Ngah suka tersenyum sampai digelar 'mulut manis'. Sangat mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Kak Long pun sama, mudah sangat mesra walaupun dengan orang yang tak dikenali. Naik risau emaknya ni, takut dipelarikan orang.


Ketika umurnya 6 bulan


Cuba baju Melayu Raya yang Opah jahit


"Opah, saya handsome kan"


Seronoknya (lama sangat kurantin sejak wabak H1N1 melanda)


"Ala, Adik Ngah nak pinjam sekejap je"


"Mak Njang, dukunglah saya. Keras tau meja ni"


"Ya, bersedialah semua orang, saya tunjukkan skill"


...senyum seindah suria... yang membawa cahya... senyumlah dari hati... duniamu berseri...
Senyumlah anakanda, senyumanmu itulah penawar hati bonda.

...rasakan resahku dan buat aku tersenyum... dengan canda tawamu walaupun tuk sekejap...



Kalau menang, rezeki, Alhamdulillah. Terima kasih kepada penganjur peraduan dan terima kasih kepada Nani yang menolong saya menjayakan entri ini.

http://smileykidz.blogspot.com/2009/10/online-contest-senyuman-ceria-si-comel.html

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...