Skip to main content

Aidilfitri 1430 Hijrah

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin



Ada beberapa perkara sebenarnya tapi dalam hati dan fikiran sekarang ada satu perkara yang sangat menggangu – tentang raya juga.


Hari ini ada jamuan raya di tempat kerja. Besar-besaran. Kebiasaannya juga kerana kami di sini bekerja di bahagian operasi, bukan semua boleh memeriahkan suasana sekaligus. Arahan: semua boleh pergi tetapi berperingkat. Ya, ini perkara yang sangat-sangat biasa. Lumrah! Kebetulan pula jadual rehat saya minggu ini pukul 1:00 pm terus saja saya bergerombolan dengan yang seangkatan pergi tanpa pamit. Adalah insiden memalukan di tempat kejadian tetapi saya pekakkan telinga dan butakan mata saja tetapi yang ini, yang menggangu minda apabila OOOPPPSSS tidak semena-mena ada yang tarik muka 14. Huh! Tak faham kan, tak apalah lupakanlah… lupakan. Lupakanlah, lebih baik ingat ais kacang @ ABC yang sangat sedap tadi. Lagipun kita semua baru je bermaaf-maafan, janganlah marah nanti kena jual!



Perkara kedua tentang raya juga, kami: saya dan suami bercadang untuk buat kenduri kesyukuran sempena rumah baru kami, banyak sangat perkara yang terjadi: anak-anak dan saya selamat daripada mala petaka… rumah yang baru kami duduki ini nyaris terbakar, kereta saya remuk dihentam motosikal dari belakang... Alhamdulillah, saya selamat. Tak lama kemudian rumah kami dimasuki penyamun tarbus pula... banyak betul insiden berlaku namun syukur kami sekeluarga selamat dan untuk semua kenikmatan kurniaan Illahi. Bersempena pula bulan yang mulia juga, hendak jamu keluarga dan kawan-kawan juga. Ada pening-pening lalat juga menguruskan perkara ini. Hmmm… mudah-mudahan Allah SWT permudahkan urusan kami, amin.


Raya tahun ini giliran beraya di Kelantan. Semua adik beradik suami beraya di Kelantan kecuali adik ipar seorang. Saya bercuti raya panjang tapi kena giliran bercuti sebelum hari raya. Hari raya ketiga kami sekeluarga mesti balik ke Kuala Lumpur semula. Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, anakanda puteri aka Kak Long demam. Kemudian anakanda putera aka Adik Ngah pula demam di Ipoh. Kemudian Kak Long demam lagi selepas balik beraya dari rumah Nazri dan Nasha. Lama juga sehinggalah kami beraya di Melaka barulah demamnya sembuh. Masih batuk-batuk. Semoga Kak Long cepat sembuh, amin. Adik Ngah pula demam ketika di Melaka, mujur tak lama. Silih berganti anak-anak jauth sakit. Risau juga. Tambahan pula kes H1N1 masih ada.


Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...