Skip to main content

Mencari Kekuatan Pagi Ini

Tidak ada sekelumit pun niat di dalam hati untuk melakukan sebagaimana tuduhan yang engkau lemparkan sebentar tadi. Memang gugur air mata ini dengan setiap telahan, kecaman bertubi-tubi itu.

Terpulang kepada engkau untuk memberi apapun tanggapan buruk kerana engkau sahaja yang tahu niat di hatimu. Saya serahkan kepada Yang Maha Tahu untuk menilai kejadian ini seadilnya. Saya tidak mendapat sebarang keuntungan atau kejayaan jika berniat jahat seperti itu. 


Saya tidak cuba untuk membuktikan apa-apa di sini. Tidak ada agenda tersembunyi. Tidak juga cuba menagih simpati. Tidak ada apa-apa. Belah dada kalau tidak percaya. Saya harap saya dapat mengubah cara menerima ''sepak terajang'' yang bukan baru ini dengan lebih baik. Harap hati lebih kental menghadapi semua ini sendirian. Lebih banyak dugaan itu, lebih banyak pengalaman, Insya Allah lebih mendekatkan saya denganNya.

Saya percaya setiap yang baik akan menerima balasan yang baik. Sekurang-kurangnya apa saya yang lakukan mampu memberi perubahan lebih baik walau tidak disedari oleh orang lain. Saya tidak dapat mengubah anda. Apapun.


Ya Allah, daripada Engkau aku datang, kepada Engkau aku akan kembali. Memang ini perit tetapi aku percaya, aku punya Engkau. Berilah aku kekuatan Ya Allah, Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...