Skip to main content

Harga Di Kaunter Lebih Mahal - Hati-hati Wahai Pengguna

Baru-baru ini dalam akhbar sinar harian ada melaporkan tentang seorang pengguna yang membeli kasut sukan mendapati harga di rak adalah berbeza dengan harga di kaunter bayaran. Harga pada rak RM 26.00 tetapi apabila buat bayaran di kaunter, harganya RM 29.00.


Hmmm sila berhati-hati ketika membuat pembayaran. Saya sudah terkena beberapa kali. Dalam katalog promosi mingguan, harga beberapa barangan lebih murah dari kebiasaan. Ketika ambil di rak pameran juga, harga yang dipamerkan adalah harga promosi. Namun apabila buat bayaran, harga barangan itu adalah harga asal sebelum diskaun. 

"Eyes on the screen, people". (Mr Berty, Twilight Saga: New Moon)

Sentiasa perhatikan harga di skrin. Jangan sibuk hendak masukkan barangan yang sudah di beli ke dalam troli atau beg. Memang kita semua hendak cepat terutama apabila barisan sudah semakin panjang di kaunter bayaran atau kita sendiri sudah lama berbaris, sudah letih. Paling tidak pun, selepas buat bayaran semak resit bayaran. Biasanya, petugas di kaunter bayaran tidak tahu menahu tentang harga dalam katalog promosi. Sekiranya pengguna tetap memerlukan barangan tersebut, sila bayar dan buat aduan di kaunter perkhidmatan pelanggan. Kalaupun kita minta pekerja mereka semak harga barangan, ia akan ambil masa yang lama. Jadi bayar dahulu dan buat bantahan di kaunter perkhidmatan. Sekiranya benar ada promosi, wang kita akan dikembalikan di kaunter perkhidmatan. Namun yang paling menyedihkan, kaunter perkhidmatan pelanggan yang tidak mesra pengguna. Sebagai pengguna, sebaiknya kita pertahankan hak kita. 

Satu hal yang perlu diberi perhatian juga adalah ketika anda membeli barangan basah yang memerlukan pekerja di pasaraya menimbang barangan tersebut. Tolong perhatikan betul-betul tag harga yang ditampal. Pernah terjadi, barang yang ditimbang iaitu lobak merah tetapi tag harga yang ditampal adalah kek keju. Harga sudah tentu berbeza. Memang sakit hati. Lebih sakit hati kalau perasan tentang kesilapan itu semasa sudah berada di rumah. 

Percayalah, apabila hal ini berlaku anda akan rasa tertipu. Tambahan pula anda membeli barangan tersebut kerana ada promosi. Menyedari apabila sudah sampai di rumah memang tidak berbaloi. Ini hak kita sebagai pengguna.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...