Siapa pernah dapat panggilan menjadi ahli Golden Palm Tree Resort & Spa? Apa pendapat anda?
Semua keutamaan kemudahan dan penginapan diberikan kepada ahli. Ketika kami sampai kelihatan water theme park sedang dalam proses pembinaan.
Memang cantik pemandangannya. Lebih cantik kalau dapat lihat dari udara. Ini cerita lama. Penghujung tahun lepas. Suami dapat undangan untuk meninjau kemudahan dan bilik penginapan yang ada di sini.
Semua keutamaan kemudahan dan penginapan diberikan kepada ahli. Ketika kami sampai kelihatan water theme park sedang dalam proses pembinaan.
Kadar bayaran penginapan untuk ahli jauh lebih murah walau dibandingkan dengan promosi yang di tawarkan di Groupon. Malahan ahli boleh menyewakan bilik kepada bukan ahli. Itu antara yang saya ingat, penerangan yang diberikan. Ada pakej percutian ke luar negara juga dengan kadar yang lebih murah.
Pantai yang mengikut penerangan yang diberikan akan menjadi privasi sepenuhnya nanti. Tak banyak yang boleh dikatakan kerana suami menolak tawaran yang dikatakan hanya diberikan sekali sahaja bagi setiap individu. Tak mengapa, keutamaan lain banyak lagi sedang menunggu. Semua perlu wang yang bukan sedikit. Kata orang, besar periuk, besarlah keraknya.
Comments
Post a Comment