Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Dia mendengar. Dia kabulkan. Dia melindungi. Tanpa sesiapa menyedari sebenarnya, ada sebak yang tertahan. Syukur yang tiada tara. Barangkali sesetengah akan mengecam. Pengecut. Barangkali sesetengah mengangap ini, tiada kudis. Remeh. Biarlah. Anggapan itu tidak penting dan tidak memilih kalian untuk mengadu. Apatah lagi untuk meminta pertolongan. "Sepak terajang" ini memang bukan baru. Lali. Sepatutnya, ya tetapi jawapan yang jujur masih lagi, tidak . Sebagai yang punya hati dan ada harga diri, ingin pergi jauh. Menghindar. Bukan lari. Lari tidak akan menyelesaikan apa-apapun. Sampai masanya nanti, ucapan selamat tinggal pada semuanya ini, pasti ada tetapi biarlah dengan bermaruah. Ini ujian. Ujian bukan hanya untuk diturunkan pada yang tidak mampu memikul. Kebanyakkan masa, memilih untuk diam. Bukan diam tanda kalah. Tidak juga mengalah tanda lemah. Diam kerana ini pilihan terbaik. Setidak-tidaknya untuk masa ini. Apabila semua pintu keluar telah...

Oreo Cheese Cake Untuk Hari Lahir

Ini cerita hari lahir Suami tahun lepas yang saya peram entrinya hahaha. Tengok-tengok eh tak publish ya hahaha. Publish . Rugi tulis panjang-panjang resepi tapi tak publish . Saya buat kek keju oreo untuk sambutan hari lahirnya. Kalau hari lahir anak-anak, saya mungkin akan buat kek coklat sahaja. Tak payah pening-pening. Suami suka kek keju. Pengalaman saya buat kek keju, tidak cemerlang. Selepas selongkar beberapa resipi kek keju, saya bulatkan tekad buat kek keju oreo. Anak-anak suka makan biskut oreo. Coklat oreo pun mereka makan. Saya harap mereka akan suka kek keju oreo ini. Alhamdulillah proses membuatnya tidak rumit. Kebetulan dalam masa yang sama keadaan kesihatan Adik Fitri tak memuaskan. Matanya bertahi. Kata doktor kerana panas. Syukur Alhamdulillah, bukan sakit mata yang berjangkit. Seelok sahaja kek masak, Adik Fitri pun bangun. Alhamdulillah. Hendak kata puas hati, rasanya masih ada juga satu dua perkara yang perlu dibuat untuk membuatkan kek ini, lebih baik. N...

Harga Di Kaunter Lebih Mahal - Hati-hati Wahai Pengguna

Baru-baru ini dalam akhbar sinar harian ada melaporkan tentang seorang pengguna yang membeli kasut sukan mendapati harga di rak adalah berbeza dengan harga di kaunter bayaran. Harga pada rak RM 26.00 tetapi apabila buat bayaran di kaunter, harganya RM 29.00. Hmmm sila berhati-hati ketika membuat pembayaran. Saya sudah terkena beberapa kali. Dalam katalog promosi mingguan, harga beberapa barangan lebih murah dari kebiasaan. Ketika ambil di rak pameran juga, harga yang dipamerkan adalah harga promosi. Namun apabila buat bayaran, harga barangan itu adalah harga asal sebelum diskaun.  " Eyes on the screen, people ". (Mr Berty, Twilight Saga: New Moon) Sentiasa perhatikan harga di skrin. Jangan sibuk hendak masukkan barangan yang sudah di beli ke dalam troli atau beg. Memang kita semua hendak cepat terutama apabila barisan sudah semakin panjang di kaunter bayaran atau kita sendiri sudah lama berbaris, sudah letih. Paling tidak pun, selepas buat bayaran semak resit...

Cuti-cuti di Avillion Port Dickson

Rancangan untuk kami sekeluarga pergi bercuti, sudah lama dibuat. Sejak balik dari Golden Palm Tree Resort & Spa . Cadang hendak pergi hujung tahun lepas tapi tak sempat. Kami menunaikan hajat ayah yang beriya hendak bawa cucunya ke zoo. Setiap kali anak-anak kami pandai berjalan, Tok Wannya bawa ke zoo. Jadi awal tahun baru dapat pergi. Dekat dengan tarikh hendak pergi bercuti, kebetulan keluarga saya pula beritahu hendak datang ke rumah. Jadi saya ambil lagi sebuah bilik. Mujur masih ada sebuah lagi yang masih kosong. Pergi ramai-ramai.  Bilik kami di blok yang paling hujung. Al maklum budget murah, RM 200.00 ++. Kami pilih Beach Room . Pilihan atas individu, kalau pilih bilik atau villa yang lain, kedudukannya ada yang lebih dekat dengan lobi atau kolam renang atau kemudahan-kemudahan lain. Jauh pula dari pantai. Keluarga saya terutama ayah dan emak tentu hendak ke pantai berbanding kolam renang. Hendak merasa menginap di bilik atas air, sudah pernah pergi ke Kampung A...

Golden Palm Tree Resort & Spa

Siapa pernah dapat panggilan menjadi ahli Golden Palm Tree Resort & Spa ? Apa pendapat anda? Memang cantik pemandangannya. Lebih cantik kalau dapat lihat dari udara. Ini cerita lama. Penghujung tahun lepas. Suami dapat undangan untuk meninjau kemudahan dan bilik penginapan yang ada di sini. Semua keutamaan kemudahan dan penginapan diberikan kepada ahli. Ketika kami sampai kelihatan water theme park sedang dalam proses pembinaan. Kadar bayaran penginapan untuk ahli jauh lebih murah walau dibandingkan dengan promosi yang di tawarkan di Groupon. Malahan ahli boleh menyewakan bilik kepada bukan ahli. Itu antara yang saya ingat, penerangan yang diberikan. Ada pakej percutian ke luar negara juga dengan kadar yang lebih murah. Pantai yang mengikut penerangan yang diberikan akan menjadi privasi sepenuhnya nanti. Tak banyak yang boleh dikatakan kerana suami menolak tawaran yang dikatakan hanya diberikan sekali sahaja bagi setiap individu. Tak mengapa, keutamaan lai...

Coklat Hantaran Merisik

Sudah lama betul tak ada cerita pasal coklat kan. Selalu juga buat coklat tapi tak ada kesempatan hendak cerita ceriti di sini. Belek-belek gambar jumpa gambar ini. Gambar hantaran merisik. Saya buat coklat oreo. Ini hantaran segera namanya. Main belasah apa yang ada di rumah. Hiasan itu guna apa adanya.  Hantaran untuk merisik memang tak banyak. Siapa yang kena risik itu, nanti kita cerita kemudian. Tunggu...

Puji dan Keji

Seribu Bayangan Kau masih menduga sehingga kini andai kubersenda dengan teka teki seribu bayangan aku gambarkan masih lagi kau tak mengerti Sedalamnya lautan tingginya bulan bisa disentuh dengan pengetahuan sepahitnya hempedu bisa ditelan jika itulah penawarnya Inikan pula perasaan yang lahir dari jiwa dan kita sama-sama merasa denyut kasihnya Bukan sengaja aku merahsiakan cinta tapi curiga kaukan tersalah sangka kerana kita rasa bangga bila dipuja dan rasa keji bila dihina Kerana kita menolak segala bencana dan asyik bergembira dengan nikmatnya sedangkan semua ini adalah takdirNya dan kita harus bersyukur sentiasa Bukannya teka teki gurauan hati sekadar melindung kasih yang tersembunyi bukan mudah mencari kasih abadi dalam terang ia sembunyi dalam terang ia sembunyi Mengapa lagu ini? Mengapa senikata lagu ini ada di sini? Suka akan lagu ini. Suka dengan lirik lagu ini terutama yang diwarnakan biru. Suka, suka, suka. Lagu lama nyanyian Kumpulan...

Jumaat Nan Indah

Salam Jumaat. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Mencari Kekuatan Pagi Ini

Tidak ada sekelumit pun niat di dalam hati untuk melakukan sebagaimana tuduhan yang engkau lemparkan sebentar tadi. Memang gugur air mata ini dengan setiap telahan, kecaman bertubi-tubi itu. Terpulang kepada engkau untuk memberi apapun tanggapan buruk kerana engkau sahaja yang tahu niat di hatimu. Saya serahkan kepada Yang Maha Tahu untuk menilai kejadian ini seadilnya. Saya tidak mendapat sebarang keuntungan atau kejayaan jika berniat jahat seperti itu.  Saya tidak cuba untuk membuktikan apa-apa di sini. Tidak ada agenda tersembunyi. Tidak juga cuba menagih simpati. Tidak ada apa-apa. Belah dada kalau tidak percaya. Saya harap saya dapat mengubah cara menerima ''sepak terajang'' yang bukan baru ini dengan lebih baik. Harap hati lebih kental menghadapi semua ini sendirian. Lebih banyak dugaan itu, lebih banyak pengalaman, Insya Allah lebih mendekatkan saya denganNya. Saya percaya setiap yang baik akan menerima balasan yang baik. Sekurang-kurangnya apa saya...