Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Hidangan Pagi Minggu & Temujanji

Pagi ini ada temujanji dengan Dr Sofiah. Berdebar-debar rasanya. Penting temujanji hari ini kerana itu kami tak dapat hendak ikut acara Hari Keluarga di sekolah Kak Long dan tolak jemputan meraikan sambutan ulangtahun ke 5 Hanna Asyalina. Selamat ulangtahun Asya. Semoga jadi anak yang solehah. Mujur Kak Long tak merengek-rengek. Rutin 2 atau 3 bulan sekali ini sudah jadi kelaziman dan Alhamdulillah Kak Long memahami. Kesihatan Abang Ngah setakat ini dalam keadaan memuaskan. Terakhir Abang Ngah sakit pada 20 November 2010. Harap-harapnya memang Abang Ngah benar-benar pulih dan tak perlu bergantung pada ubat lagi. Tiga bulan lepas, Dr Sofiah memutuskan Abang Ngah tidak perlu melakukan prosedur EEG. Sepatutnya pada hari ini, Abang Ngah mesti melalui satu lagi prosedur EEG. Memang kelegaan buat kami. Syukur Alhamdulillah. Keputusan hari ini lebih penting lagi. Doa dan harapan agar semuanya baik-baik sahaja. Sebelum pergi, mari kita makan dulu. Hari ini kita sarapan...

Cuti-cuti ke Melaka

Sambungan entri lepas. Pagi hari ke tiga kami di Melaka, cuaca mendung. Hujan renyai-renyai. Sejak petang semalam, suami telah mula uruskan untuk membawa kami semua menaiki Quaker 1: Melaka Duck Tour . Kenderaan yang boleh digunapakai di daratan dan di air. Kami tetap berpayung walaupun orang ramai sekitar Menara Taming Sari, tidak kerana anak-anak baru sahaja pulih dari sakit. Suami memaklumkan kami akan menaiki Quaker1 pada pukul 12.00 tengahhari. Terima kasih pada penaja. Sementara menunggu, suami cadangkan kami menaiki Menara Taming Sari . Ini pemandangan Selat Melaka dari Menara Taming Sari. Tempoh perjalanan menaiki Quaker 1 ini lebih kurang 45 minit. Mula-mula berkeliling sekitar Bandar Melaka. Kemudian masuk ke Selat Melaka. Kemderaan ini dikendalikan oleh orang pemandu berbeza sewaktu di darat dan di air. Melalui Masjid Selat yang di bina di pantai Pulau Melaka. Kak Long sangat seronok terutama apabila Quaker 1 masuk ke dalam air. Percikan air lau...

A'Famosa Animal World Safari

Hari ke dua, kami ke Animal World Safari . Ini lebih dekat dengan minat anak-anak. Setiap pengunjung yang berkereta akan dikenakan bayaran parkir RM 3.00. Tiada pengecualian kepada penginap di A'Famaso Resort . Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar. Kami memang sudah isi perut siap-siap. Berdekatan dengan pintu masuk Animal World Safari ini ada seekor gajah yang asyik bergoyang mendengar muzik, kuda padi dan unta. Hendak beri makanan, sila bayar RM 5.00. Hendak menunggang, kadar bayarannya berbeza. Hendak bergambar pun boleh, sekeping gambar harganya RM 18.00. Dek kerana anak-anak seronok sangat dapat mengunggang kuda padi malam semalam, masing-masing merengek hendak menunggang kuda padi lagi. Puas memujuk, terutamanya Kak Long. Akhirnya berjaya juga. Masuk sahaja ada seisi bergambar dengan seorang Red Indian dan juga burung-burung. Bukan sesuatu yang luar biasa, jadi abaikan.  Berbeza sedikit dengan zoo kerana di sini pengunjung boleh melihat d...

A'Famosa Resort & Cowboy Town

Alhamdulillah kesihatan anak-anak sudah pulih cuma parut-parut daripada cacar air itu yang masih kelihatan. Tiba masanya melunaskan janji yang tertunda kerana mereka kurang sihat. Kami bercuti di Melaka. Hmmm jangan tak percaya bercuti di dalam negara pun, kosnya tetap tinggi melambung juga. Kadang-kadang rasa lebih baik pergi bercuti di luar negara. Bandung ke, Hong Kong ke, Australia ke, Turki ke... oho besarnya angan-angan. Kami dapat bilik penginapan percuma di A'Famosa Resort . Bersama-sama dengan tiket masuk ke Cowboy Town , Water World dan Animal World Safari . Terima kasih daun keladi kepada penaja. Tarikh luput semua tiket sehingga pertengahan bulan 8. Maka dengan ini diisytiharkan, anak-anak hanya akan ke Water World pada bulan 8. Insya Allah kalau tidak ada aral melintang. Sekarang kurang sesuai, baru sangat pulih. Faham-faham sahajalah air di situ macam mana. Takut terjadi mudarat pula. Bilik penginapan di D'Savoy Condo , Tower 3, ti...