Skip to main content

Coklat Untuk Ulangtahun Marissa Maryam

Baru ini ada masa untuk mencoretkan. Ini adalah tempahan terakhir penutup tirai 2011. Coklat untuk majlis ulangtahun pertama Marissa Maryam. Marissa Maryam adalah anak saudara Maz. Maz sebelum ini pernah menempah coklat loli untuk ulangtahun anaknya, Asya. Maz sudah bertanya kesediaan saya sekitar bulan November. Meminta coklat loli dalam bentuk cupcake atau kek cawan. Atas sebab-sebab tertentu, katanya majlis yang bakal berlangsung 31 Disember 2011 akan ditangguhkan. Tup tup, tiba-tiba pada 27 Disember 2011, Maz maklumkan majlis akan dilangsungkan sebagaimana yang dijadualkan. Memang meletup! Kelam kabut.


Kuatkan azam, untuk buat sehabis baik. Bukan mudah hendak menerima tempahan. Ini peluang dan kepercayaan. Rezeki Allah beri, takkan ditolak. Tempoh masa pendek, mujur anak-anak bercuti di Utara. Saya akui perlu banyak berterima kasih dan mohon maaf kepada suami kerana terpaksa menerima minat saya dan menjamah nasi bungkus. Alhamdulillah, dapat juga memenuhi tempahan yang diminta pada sebaik masa yang ditetapkan.



Maz menjemput untuk sama meraikan tetapi memang berhalangan. Mata dan tubuh saya memang tidak mampu bertahan lagi. Syukur kerana sempat juga menyediakan sebekas coklat, buah tangan untuk si cilik Marissa Maryam. Kombinasi coklat biskut oreo, crispy chocolate dalam warna-warni tema majlis Marissa; biru, ungu dan merah jambu.


Selamat ulang tahun Marissa Maryam, dengan doa menjadi anak solehah, dipanjangkan dan dimurahkan rezeki, amin. Terima kasih kerana menempah coklat daripada saya, Maz. Walaupun letih, saya gembira.


Gambar-gambar Ulangtahun Marissa Maryam ini diambil dari facebook Maz.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...