Skip to main content

Mengukir Senyum

Kadang kala ada perkara-perkara kecil tapi sangat membantu untuk menerbit rasa suka. Kaitan rasa suka adalah senyum dan ketawa. Lebih daripada itu panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa, sungguh semua itu adalah daripadaNya. 

Saya mewujudkan blog ini semata-mata sebagai suka-suka. Saya suka mencoret. Sebelum ini  hampir saban hari saya mencoret dan coretan itu hanya dibaca oleh Halyza Ahmad. Sehingga Halyza kemudiannya meng'hilang'. Sejurus kemudian coretan saya kembali hanya untuk diri saya sendiri. Ketika awal saya menulis di blog kecil ini, tiada sesiapa pun tahu. Malahan hingga hari ini masih ada di antara mereka yang karib dengan saya juga tidak tahu kewujudan blog ini. Coretan saya. Mana pernah saya menyangka sama sekali, coretan kecil saya dibaca pengarang ternama, Dr Haji Faisal Tehrani. Walaupun saya tahu beliau ketengahkan tulisan saya kerana promosi. Mempromosikan tulisan beliau di dalam majalah Intrend. Hanya satu kebetulan. Kebetulan yang cukup untuk menguntum senyum.



Bukan menumpang populariti sebaliknya membantunya membuat promosi. Ya, tuan-tuan dan puan-puan, anda kini boleh menghubungi Faisal Tehrani menerusi twitter. Saya. Tidak ada twitter.

Ada lagi berita gembira, rahmat Allah yang buat senyum sentiasa menguntum. Nantilah belum waktunya membuat isytihar. Semuanya masih dalam tempoh berjaga-jaga. Masih perlu mewajarkan diri untuk sedia bersedia untuk semua kemungkinan. Besar harapan agar rahmat ini berterusan. Semoga tetap jadi penawar.

Mengikut kronologi masa dan peristiwa. Ada berita gembira di sebalik semua duka.

Ada kalanya semua yang berlaku semacam satu permainan, sedikit demi sedikit rahsia mula terkuak. Pun begitu, ini tetap satu hikmah memperingati diri jangan sesekali lupa berwaspada. Apa lagi berdoa. Hati setiap insan milik penciptaNya. Hanya Dia mampu mengubahnya dan doa, Insya Allah satu cara. Senyum lagi. Dalam kedudukan paling lemah dan terbawah ketika ini tetapi di sebaliknya saya melihat jalur pelangi rahsia. Inikah hikmah?Rahsia akan terungkai lagi, saya percaya itu dan sedang senyum. Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...