Skip to main content

Deerland Kuala Gandah

Seisi bermanja bersama haiwan liar diteruskan ke Deerland kira-kira 2 km dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang. Deerland semacam mini zoo milik persendirian. Ada caj dikenakan.



# 1 Kami sampai sudah lewat. Mujur juga masih diberi kesempatan memasukinya. Selepas buat bayaran di kaunter, perkara pertama yang dibuat adalah memberi makan keledek kepada rusa. Rusa-rusa ini jinak. Lebih mudah menghampirinya jika ada  makanan di tangan. Memang sah akan kena kerumun.




# 2 Rusa-rusa ini adalah rusa Indonesia. Badannya kecil dan mudah didekati. Ada rusa Malaysia dan rusa Taiwan juga di situ tetapi diasingkan kerana rusa-rusa ini lebih agresif. Rusa Taiwan ada tompok-tompok di badannya. Rusa Malaysia lebih tegap dan besar lagi.


# 3  Ada dua ekor ular sawa Albino yang sudah kenyang diberi makan ayam kampung sedia untuk "bermesra". Kalau berani boleh pegang. Boleh juga beri makan pada arnab-arnab di situ. Petugas di situ akan sediakan makanan dalam raga kecil.



# 4 Ada beberapa jenis burung dan ayam seperti burung unta, burung merak putih, burung puyuh, burung kuang, ayam kapas dan lain-lain (lupa nama-namanya). Burung atau ayam yang cantik pelbagai warna adalah burung atau ayam jantan.



# 5 Ini Kuning namanya. Cantik berwarna warni. Kuning datang hampir kerana dipanggil penjaganya. Bermacam pujian untuk Kuning kerana mendengar kata. Jauh di dalam hati, saya kagum dengan penjaga haiwan. Adalah sesuatu yang sukar melatih haiwan terutama haiwan liar untuk menurut arahan tetapi mereka mampu melakukannya dan haiwan-haiwan ini jelas mempamerkan rasa kasih kepada penjaganya.



# 6 Walaupun tempat ini kecil dan haiwan-haiwannya tidak sebanyak di Zoo tetapi rasa seronok dengan peluang-peluang yang ada seperti memberi makan dan mendekati haiwan-haiwan yang ada. Pejaga-penjaga di situ termasuk tuan punya, Encik Abdullah sangat ramah. Pejaga-penjaganya sentiasa ada untuk memberi penjelasan dan maklumat berkaitan haiwan-haiwan yang ada.


# 7 Kucing-kucing kacukan dengan kucing hutan diasingkan dalam sangkar yang lain dan ditempatkan di kawasan larangan. Boleh tengok dari jauh sahaja. Kucing-kucing ini agresif. Bergaduh sesama sendiri malahan tetapi cantik-cantik. Kalau berminat boleh dapatkan di Deerland dengan harga RM 2,500.  

# 8 Manja si kecil ini, comel pula tetapi tetap perlu berhati-hati kerana ada penjaga yang demam 4 hari digigitnya. Boleh dipegang dan dikendong kerana ia manja namun kenalah terima baunya yang busuk. Bau busuk itu datang dari hormonnya. Memang seronok. Sebelumnya ada beruang matahari di sini tetapi telah diserahkan kepada Perhilitan. Sebelumnya, sesiapa yang berminat boleh bergambar, beri makan dan mendekati beruang itu. Malah daripada notis yang ditampal di kaunter bayaran, beberpa jenis haiwan lagi akan diserahkan kepada pihak Perhilitan. Jelas Encik Abdullah sangat kecewa. Burung merak putih dibeli dengan harga RM10,000 seekor bagi menggantikan beruang. Marilah kita sama-sama berkunjung ke Deerland. Beri sokongan pada usaha Encik Abdullah.


Dalam perjalanan pulang kami singgah menjamu selera di Restoran Ikan Bakar Sekinchan. Masing-masing memang sudah letih tetapi sangat gembira.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...