Kadang kala ada perkara-perkara kecil tapi sangat membantu untuk menerbit rasa suka. Kaitan rasa suka adalah senyum dan ketawa. Lebih daripada itu panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa, sungguh semua itu adalah daripadaNya. Saya mewujudkan blog ini semata-mata sebagai suka-suka. Saya suka mencoret. Sebelum ini hampir saban hari saya mencoret dan coretan itu hanya dibaca oleh Halyza Ahmad . Sehingga Halyza kemudiannya meng'hilang'. Sejurus kemudian coretan saya kembali hanya untuk diri saya sendiri. Ketika awal saya menulis di blog kecil ini, tiada sesiapa pun tahu. Malahan hingga hari ini masih ada di antara mereka yang karib dengan saya juga tidak tahu kewujudan blog ini. Coretan saya. Mana pernah saya menyangka sama sekali, coretan kecil saya dibaca pengarang ternama, Dr Haji Faisal Tehrani . Walaupun saya tahu beliau ketengahkan tulisan saya kerana promosi. Mempromosikan tulisan beliau di dalam majalah Intrend. Hanya satu kebetulan. Kebetulan yang cukup untuk mengunt...