Skip to main content

Duka Tuan Bertakhta

Apa lagi yang boleh dikatakan, melainkan sekalung ucapan tahniah dan ribuan penghargaan buat pengarang novel ini, Duka Tuan Bertakhta. Ilustrasi juga memang menarik. Tahniah Al-Amin Serve. Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, saya merasakan ini karya sastera sejarah yang menyentuh jiwa. Ada rasa pedih, ada rasa sayu menyelinap di seluruh jiwa.

Tanyakan pada diri kita sendiri, sebagai orang Melayu, sebagai umat Islam, apakah kita mengulang semula sejarah yang telah tercatat? Siapa di antara kita dengan rela menjadi Munsyi Abdullah seterusnya? Siapa di antara kita beraja di mata, bersultan di hati? Siapa di antara kita di gula-gulakan dan hanyut oleh manis yang seketika? Pecah dan perintah. Siapa di antara kita yang masih membuka ruang? Siapa?



Saudara Isa Kamari adalah penerima S.E.A Write Award daripada Kerajaan Thailand. (Anugerah sama yang ditawarkan kepada Saudari Fatimah Busu tetapi beliau menolaknya. Itu cerita lain, mungkin lain kali boleh saya coretkan di blog ini.) Beliau juga adalah penerima Pingat Budaya Singapura. Sangat bertepatan anugerah itu, kerana karya-karyanya memang banyak menyentuh bukan hanya tentang orang Melayu khusus Melayu Singapura tetapi juga sejarah Singapura.

Sejarah adalah fakta. Saudara Isa bijak mengadun fakta dengan gaya penceritaan naratif menjadikannya sangat menarik. Bermula dengan bait puitis sajak Chairil Anwar berjudul Nisan (Oktober 1942) dan pembukaan novel juga prolog pengkebumian Habib Nuh. Bab demi bab seterusnya membongkar sejarah. Ada yang memang sebagaimana termaktub di dalam buku-buku teks sejarah. Ada yang di luar pengetahuan. Personaliti Habib Nuh dan Stamford Raffles dilukis begitu baik, menunjukkan watak hitam dan watak putih antara keduanya. Watak tiga sahabat karib Ramli, Sudin dan Ajis cepat menangkap ingatan terhadap watak tiga bujang lapuk dalam karya-karya Arwah Tan Sri P. Ramlee. Tiga watak ini sangat popular di Singapura. Persamaan ini jelas dalam dialog antara Marmah dan Wak Cantuk.

"Tiga bujang lapuk tu? Tak ada apa-apa yang dapat aku harapkan daripada mereka," ejek Wak Cantuk.

Saya ada beberapa buah novel karangan beliau dan ini antara kegemaran saya selain Memeluk Gerhana. Saranan saya: bacalah. Kemudian kita akan mengerti, betapa rendah dan hinanya kita pada pandangan mereka. Tidak hanya itu, hak kita dinafikan, sejarah kita cuba dipadamkan. Lalu Singapura yang sebelum ini milik kita, terlucut daripada genggaman. Bangsa kita kini minoriti di tanah tumpah darah sendiri. Masihkah mereka, yang kita agungkan? Renungkanlah. Penjajahan takluk tanah sudah lama berakhir tetapi penjajahan minda dan pegangan akidah masih berleluasa. Tanyakan diri kita, apakah kita masih di bawah telunjuk mereka?  

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...