Skip to main content

Mangsa Renjatan Elektrik

Mendapat perkhabaran tentang perkara ini agak terlewat. Sekitar Januari. Selepas menonton MHI di TV3. Jujurnya, sangat menyentuh hati. Lalu berusaha mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenainya, kejadian yang menimpanya dan rentetan daripada semua itu.

Lebih lagi hati dipagut pilu. Inilah orang sandaran keluarganya: Muhamad Hairuman bin Miskon. Dua kakaknya sendiri dalam golongan kelainan upaya, ada yang telah berkeluarga dan seorang abang, yang tidak putus-putus turut sama menyara keluarga. Ketika kejadian, beliau dan seorang rakan sedang mengait daun kelapa sawit. Itu kerja sampingannya bagi membantu keluarga. Malang itu tidak berbau. Ujian daripadaNya tak terduga. Kini beliau ikut tergolong sebagai golongan kelainan upaya.  


Ketika saya berkongsikan informasi mengenainya di facebook, keesokan harinya kaki kiri beliau akan dipotong hingga ke paras buku lali. Hiba di hati kita. Hiba di hatinya tentulah lebih lagi. Sebelum itu kedua belah tangannya telah dipotong.

Besar benar dugaan untuknya, daripada seorang anak muda yang sihat dan sempurna fizikalnya serta bercita-cita tinggi, kini sakit terlantar. Mengingatkan diri sendiri tentang hakikat hidup yang tidak selalunya indah. Hari ini ujian untuknya. Esok, lusa mana tahu giliran kita pula.


Senyum masih juga mekar di bibirnya dalam menghadapi ujian Yang Maha Esa. Beberapa akhbar tempatan menyiarkan berita sambutan hari lahirnya yang diawalkan, bagi mengelakkan suasana kelam kabut kerana beliau dijangkakan meninggalkan wad pada hari ini. Tinggi betul semangatnya. Kental benar hatinya. Alhamdulillah.


Memang benar, Muhamad Hairuman sudah boleh meninggalkan wad. Kesihatannya tentu semakin pulih. Namun banyak yang perlu dilalui anak muda ini. Difahamkan mangsa kebakaran sepertinya akan mengalami proses pemulihan yang perlahan. Kulitnya sensitif kerana tiada lagi pelindung. Beliau akan selalu mengalami kegatalan terutama dalam cuaca panas. Banyak. Banyak lagi dugaan yang perlu dihadapi bukan hanya beliau, malah orang-orang sekitarnya. Muhamad Hairuman masih perlu bantuan kita. Bantuan boleh dihulurkan kepada kakak beliau Puan Maryuni di akaun CIMB beliau: 12570000203529.

Ini berdasarkan pembacaan dan luahan hati Encik Kamal Ariffin bin Sarkam. Encik Kamal merupakan mangsa kes letupan di stesen kecil Tenaga Nasional Berhad Sungai Ara pada 7 Disember 1999. Dua hari menjelang Ramadhan dengan 65 peratus badannya melecur. Hanya selepas setahun barulah luka-luka di badannya sembuh. Stuktur wajah dan fizikalnya berubah sama sekali. Suaranya turut berubah. Paling memilukan anak-anak yang masih kecil ketakutan menatap wajah ayah mereka. Lambat sekali dapat menerima kenyataan itu. Bertahun sudah kemalangan ini berlaku namun masih memerlukan banyak rawatan susulan dan pembedahan. Semua ini memerlukan kos yang bukan sedikit. 

Ini petikan kata-katanya dalam wawancara di majalah Wanita Keluaran Khas Disember 2002: "Saya tidak pernah rasa kesal kerana ini sudah suratan. Namun saya rasa sedikit terkilan kerana saya belum puas mengejar matlamat hidup saya. Kesempurnaan fizikal untuk mengejar cita-cita sudah tidak ada. Bila keadaan diri sudah seperti ini, macam mana nak buat lagi."

Tearkhir menghubunginya sekitar 2004. Menghubungi isterinya, Nor Asmah Ahmad baru-baru ini menemui jalan buntu. Ingin sekali mendapat khabarnya. Apatah lagi dengan adanya berita tentang Muhamad Hairuman. Terasa kesal kerana memandang ringan hal sebegini.    

Comments

  1. Kita yang membaca pun dah terasa berat memandangnya apatah lagi dia. Semoga dipermudahkan kehidupannya di dunia dan di sana.

    ReplyDelete
  2. Kamal Ariffin Sarkam sudah semakin sembuh..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Lupa nk bgtau..Saya adalah adik ipar Kamal Ariffin Bin Sarkam.

    ReplyDelete
  4. Nasha: rasa beruntung banyak kita apabila kita bandingkan diri kita dengannya. Ya, moga kehidupannya dipermudahkan

    Ash Ahmad: terima kasih kerana singgah dan bawa berita tentang Encik Kamal. Salah saya tak terus berhubung dengan kakak anda dan sekarang saya tahu boleh hubungi kakak anda melalui andakan?!

    ReplyDelete
  5. boleh berhubung dengan kakak saya.pm sy utk contact no

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...