Dinosor datang menyerang bumi. Oh tidak!!!
Mummy, Mummy, dinosor! Dinosor!
It comes closer!
Eeeiiii Adik takut!
Cepat Adik! Cepat!
Semalam kami pergi ke Pusat Sains Negara buat julung kalinya. Berbaloi bawa anak-anak datang ke sana. Bukan setakat pameran 'Dinos Alive!', ada bermacam-macam lagi yang memang menarik perhatian. Ada program yang disediakan khusus untuk anak-anak, malah ada lebih daripada satu tempat permainan untuk anak-anak. Ada yang bertema dinasour. Anak-anak memang tidak akan bosan.
Mewarna topeng dinosor |
Informasi tentang dinosor juga disediakan, dari peringkat bayi sehingga dinosor pupus.
Ada juga akuarium ala-ala di Aquaria KLCC tetapi tidak sebesar di sana. Kebetulan waktu kami datang, ikan-ikan sedang diberi makan.
Pelbagai alatan yang menjurus sains dan teknologi untuk dicuba. Namapun Pusat Sains kan. Macam pergi Petrosains juga. Hmmm anak-anak belum pernah pergi ke Petrosains.
Berusaha menaikkan kapal selam daripada tenggelam |
Ikutkan anak-anak belum juga hendak balik rumah. Seronok! Bahagia melihat mereka gembira.
Comments
Post a Comment