Skip to main content

Homade Chocolate

Memang suka sangat makan coklat tapi belum sampai peringkat jadi hantu coklat. Pernah juga pergi ke jualan coklat di kilang. Tapi bukanlah murah sangat pun. Dek sebabkan suka, beli juga. Stok hilangkan mengantuk di dalam kelas. Murah sikit daripada beli di pasar raya.

Sekarang pun ramai orang sudah pandai buat homemade chocolate. Ada sekali pergi ke majlis persandingan seorang kawan, tetamu dibekalkan coklat. Katanya, buatan tangan. Comel-comel coklatnya. Terus timbul minat hendak buat coklat buatan tangan sendiri. Ada hati tu. Tinggi angan-angan, tak salahkan.?! Bukan ada sesiapa hendak kena bayar pun.

Kebetulan majalah Aniqah ada selitkan cara-cara membuat coklat. Menarik. Pucuk dicita, ulam mendatang. Jelajah juga dari blog ke blog. Manalah tahu kalau-kalau ada yang sudi kongsikan cara membuat coklat. Kebanyakkannya menawarkan kelas membuat coklat. Okay. Memahami. Tiada yang percuma sekarang. Semua mesti tunjuk duit. Ada duit semua jadi. Bagi yang tercari-cari resipi membuat coklat, boleh cuba cara membuat coklat dari majalah Aniqah.


Melalui panduan daripada majalah ini, saya nekad. Bukan tidak berminat untuk pergi ke kelas tetapi rasanya biarlah saya bereksprimen dulu. Menguji sejauh mana saya berminat. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah!

Inilah antara bahan-bahan untuk membuat coklat. Pergi ke 3 buah kedai menjual peralatan membuat kek. Beria-ria benar. Kebetulan ajelah. Ada kedai tidak jual barang A. Saya hendak barang A. Ada kedai tidak jual barang B. Itulah alasannya. Bagus sebenarnya, dapat buat perbandingan harga.


Antara acuan coklat. Beli beberapa bentuk.Teddy bear, cute. Ini khas untuk anakanda.


Isi coklat strawberry dalam acuan. First batch. Berdebar-debar.


Buat reben daripada coklat strawberry pada kotak berbentuk hati.


Percubaan pertama. Comot, comot, comot. Lepas itu, penutup kotak hati ini patah. Terjatuh. Saya yang buat. Jangan salahkan anak-anak yang sibuk sama di dapur. Runsing? Rimas? Taklah, cuma tak larat hendak menjawab setiap soalan. Mereka tak berani sentuh sebab tahu, memang panas. Masing-masing pelik sebab emaknya buat coklat dan tak sabar-sabar hendak ngap.


Ini persiapan untuk hantaran pertunangan Saodah.


Seronok! Lagi seronok sebab suami suka. Untuk pengetahuan, suami saya bukan penggemar coklat. Anak-anak sedikit menyedihkan. Makan sikit aje. 

Saya memang WAJIB masuk kelas. Sudah ada orang menempah dan saya tidak tahu betul atau tidak teknik yang saya buat. Kalaupun betul, ada banyak perkara yang bermain dalam fikiran saya dan orang di sekeliling saya, tiada jawapannya.
 

Hantaran pertunangan Nadiah.



Peanut Candy untuk hantaran pertunangan Nadiah. Saya beli daripada Anuar dan gubah sendiri. Sesiapa yang berminat untuk dapatkan peanut candy sila hubungi Anuar: 013 2743927.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...