Skip to main content

Hidangan Pagi Minggu

Esok lusa hari minggu. Cuti. Yeay, yeay. Seronok, seronok, seronok. Lega hilang sikit serabut dalam hati. Boleh main masak-masak. Boleh main dobi-dobi. Letih! Boleh main hide and seek. Seronokkan? Terlebih seronok kalau Encik Suami rajin. Boleh pergi jalan-jalan.

Cakap pasal masak-masak. Ini hidangan sarapan Sabtu lepas. Selepas puas memikirkan masakan apa yang paling ringkas dan cepat kerana pagi itu, kami perlu menghadiri perjumpaan dengan guru-guru anak sulung saya.

Pening juga. Hendak buat cucur, kehabisan tepung. Barang-barang dapur belum dibeli lagi. Belek-belek peti ais, jumpa lebihan sos spaghetti. Sikit sangat kalau nak rebus spaghetti. Lagipun Cik Abang tak suka makan spaghetti. Masam katanya. Ubah suai sos spaghetti, jadikan inti roti. Bakar, habis cerita. Alhamdulillah, habis. Hendak cuba?


Bahan-bahannya:
Lebihan sos spaghetti sebagai inti
Fish ball
Roti - secukupnya
1 biji telur
Secubit garam
250ml susu
Cara membuatnya:
1. Pukul telur dengan garam.
2. Campurkan susu dengan telur yang sudah dipukul.
3. Masukkan roti ke dalam bancuhan susu dan telur. Biarkan roti kembang.
4. Kemudian isi roti ke dalam acuan.
5. Seterusnya masukkan inti dan susun fish ball di atasnya.
6. Tabur keju.
7. Bakar dalam oven selama 30 - 40 minit.


Hidangan sarapan sudah siap. Milo pun sudah dibancuh. Tunggu apa lagi, mari kita makan. Yummy. Anak sulung saya kata, "Wah pizza!" Pizza?! Hahaha.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...