Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Homemade Chocolate, Homemade Chocolate, Anyone?

Anda suka makan coklat? Anda berminat menempah coklat buatan tangan? Anda berada di blog yang betul. Saya sedia menerima tempahan anda. Cewah!  Alhamdulillah. Hajat tertunai sudah. Permulaannya saya hadiri kursus ini, lebih kepada hendak melapangkan hati dan fikiran. Memang cinta pada coklat sudah ada dengan permulaan membuat coklat untuk hantaran tempoh hari. Pertama kali buat coklat, terus dijadikan hantaran pertunangan . Kelakar juga. Bukan untuk seorang pula tu, dua orang sekaligus. Malu, malu, malu. Memang sebenarnya dari situ minat mendalami coklat membuatkan saya berminat untuk mengikuti kursus. Kedua-dua matlamat saya tercapai. Sudah belajar, minat jadi lebih mendalam  lagi. Sudah beralih pada impian. Seronok melihat hasilnya. Inilah sebahagian daripada hasil coklat buatan saya dan kawan-kawan. Kami sama berkursus di Lembaga Koko Malaysia.  Semangat pun jadi berkobar-kobar. Sungguh banyak ilmu yang diperolehi. Tidak hanya dari tenaga pengajar di Lembaga Koko M...

Wakaf Ilmu

Dalam satu kuliah zohor, Ustaz Ahmad Husni ada berkata, sekiranya kita mampu dan berkebolehan sedekahkanlah ilmu yang kita ada. Sebagai contoh, beri kelas tambahan kepada anak-anak yang yatim piatu. Sekiranya kita tidak mampu untuk mengajar, belikan buku-buku. Semoga ilmu yang diperolehi daripada buku-buku tadi akan memberi manafaat kepada umat sejagat. Wakaf ilmu, katanya. Apa yang dikatakan Ustaz itu mengingatkan tentang laman web popular iaitu Myresipi. Memang perlu berterima kasih pada pengasasnya, Dr Bakhtiar Affendi Rosdi dan isterinya yang lebih dikenali dengan nama, Yani. Banyak yang saya pelajari menerusi resipi-resipi yang disumbangkan di situ, terutama daripada Yani sendiri. Jus epal yougurt, watermelon smoothie, lapis roti berdaging (umi-e), kek coklat tanpa mentega (fendi75), puding jagung (F&N) dan ada beberapa resipi lain lagi yang turut saya cuba. Juga ada diantara penyumbang resipi Myresipi turut mempunyai blog seperti Ina dan majalah Jelita bulan April ini ad...

Fasa Ujian

Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata, perasaan pada ketika itu. Melalui semula proses yang pernah ditempuh setahun lalu. Sedikit berbeza daripada sebelumnya. Tidak diberikan sedatif. Ambil masa juga untuk menidurkannya. Inilah antara peralatan yang digunakan. Mainan itu dibekalkan pihak hospital supaya kanak-kanak tidak terganggu oleh segala macam wayar yang berselirat di kepala dan dada. 32 keseluruhannya. Lebih banyak daripada yang digunakan setahun lalu. Jangan ditanya soal harapan. Sebagai ibunya, malah ibu-ibu yang lain yang senasib tentulah memasang harapan, segunung tinggi. Pun begitu, ketentuannya hanya pada Yang Maha Esa. Nampaknya keputusan ujian masih belum berpihak kepada kami. Mesti terima dengan lapang dada. Teruskan usaha. Sesungguhnya fasa ujian ini terasa berat. Hanya doa yang tak kunjung putus untuk anakanda yang dikasihi. Semoga Allah kabulkan permintaan. Hapuskanlah penderitaan. Amin. Maklumat-maklumat ringkas yang ditampal di dalam bilik diagnosis untuk pen...

Mengembara Ke Alam Dinosor?

Dinosor datang menyerang bumi. Oh tidak!!! Mummy, Mummy, dinosor! Dinosor! It comes closer! Eeeiiii Adik takut! Cepat Adik! Cepat! Semalam kami pergi ke Pusat Sains Negara buat julung kalinya. Berbaloi bawa anak-anak datang ke sana. Bukan setakat pameran 'Dinos Alive!', ada bermacam-macam lagi yang memang menarik perhatian. Ada program yang disediakan khusus untuk anak-anak, malah ada lebih daripada satu tempat permainan untuk anak-anak. Ada yang bertema dinasour. Anak-anak memang tidak akan bosan. Mewarna topeng dinosor Informasi tentang dinosor juga disediakan, dari peringkat bayi sehingga dinosor pupus.   Ada juga akuarium ala-ala di Aquaria KLCC tetapi tidak sebesar di sana. Kebetulan waktu kami datang, ikan-ikan sedang diberi makan. Pelbagai alatan yang menjurus sains dan teknologi untuk dicuba. Namapun Pusat Sains kan. Macam pergi Petrosains juga. Hmmm anak-anak belum pernah pergi ke Petrosains.  Berusaha menaikkan kapal selam daripada ten...

MIHAS 2011

Kenapa buat di KLCC? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Seperti yang dijangkakan memang sangat meletihkan. Namanya pun MIHAS, sudah tentu besar, luas dan penyertaan yang ramai. Mari kita lihat apa yang saya dapat semalam di MIHAS. Taaadaaa... Ini gambar sisi coklat yang dipamerkan di booth Fidani. Sedap juga rasa coklatnya. Mula-mula saya bercadang hendak beli. Booth Fidani ini terletak di antara hall yang awal. Ronda-ronda dulu. Cuci-cuci mata dulu. Rasa-rasa dulu. Buat kerja sebagaimana yang sepatutnya dibuat dulu. Kemudian baru patah balik dan beli coklat. Apabila sudah meronda, rasanya sudah tak mampu lagi berpatah balik. Penat! Melepek. Jauh pula kena berjalan. Mona letak kereta jauh. Kena berjalan ke KL Sentral. Naik LRT Putra untuk ke KLCC. Kemudian berjalan lagi untuk ke tapak pameran. Belum campur berjalan di dalam tapak pameran yang luas dan besar. Bawa pula bahan-bahan penerbitan. Campur dengan hadiah daripada syarikat yang bermurah hati, terima kasih daun keladi. Memang letih. C...

Homade Chocolate

Memang suka sangat makan coklat tapi belum sampai peringkat jadi hantu coklat. Pernah juga pergi ke jualan coklat di kilang. Tapi bukanlah murah sangat pun. Dek sebabkan suka, beli juga. Stok hilangkan mengantuk di dalam kelas. Murah sikit daripada beli di pasar raya. Sekarang pun ramai orang sudah pandai buat homemade chocolate . Ada sekali pergi ke majlis persandingan seorang kawan, tetamu dibekalkan coklat. Katanya, buatan tangan. Comel-comel coklatnya. Terus timbul minat hendak buat coklat buatan tangan sendiri.  Ada hati tu . Tinggi angan-angan, tak salahkan.?! Bukan ada sesiapa hendak kena bayar pun. Kebetulan majalah Aniqah ada selitkan cara-cara membuat coklat. Menarik. Pucuk dicita, ulam mendatang. Jelajah juga dari blog ke blog. Manalah tahu kalau-kalau ada yang sudi kongsikan cara membuat coklat. Kebanyakkannya menawarkan kelas membuat coklat. Okay . Memahami. Tiada yang percuma sekarang. Semua mesti tunjuk duit. Ada duit semua jadi. Bagi yan...

Hidangan Pagi Minggu

Esok lusa hari minggu. Cuti. Yeay, yeay. Seronok, seronok, seronok. Lega hilang sikit serabut dalam hati. Boleh main masak-masak. Boleh main dobi-dobi. Letih! Boleh main hide and seek . Seronokkan? Terlebih seronok kalau Encik Suami rajin. Boleh pergi jalan-jalan. Cakap pasal masak-masak. Ini hidangan sarapan Sabtu lepas. Selepas puas memikirkan masakan apa yang paling ringkas dan cepat kerana pagi itu, kami perlu menghadiri perjumpaan dengan guru-guru anak sulung saya. Pening juga. Hendak buat cucur, kehabisan tepung. Barang-barang dapur belum dibeli lagi. Belek-belek peti ais, jumpa lebihan sos spaghetti. Sikit sangat kalau nak rebus spaghetti. Lagipun Cik Abang tak suka makan spaghetti. Masam katanya. Ubah suai sos spaghetti, jadikan inti roti. Bakar, habis cerita. Alhamdulillah, habis. Hendak cuba? Bahan-bahannya: Lebihan sos spaghetti sebagai inti Fish ball Roti - secukupnya 1 biji telur Secubit garam 250ml susu Cara membuatnya: 1. Pukul telur den...