Skip to main content

Kurma Milk Shake

Sebelum Ramadhan lagi, kami sudah beli kurma satu balang besar sebab saya jumpa resipi kurma milk shake di my resipi. Resipi ini daripada nayrah74 dan rabiatun. Memang sedap dan mudah. Terima kasih banyak-banyak kepada empunya resipi.

Semalam saya minta suami beli lagi kurma kerana sepanjang Ramadhan, boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan buat minuman ini. Lagipun saya masih menyusukan si kecil. Harapan saya, minuman ini dapat membantu membanyakkan lagi air susu dan beri khasiat buat kami berdua.

Lebih tiga minggu lalu, stok bekalan susu untuk adik berkurang kerana puting melecet dan luka. Sangat sakit! Siapa yang pernah mengalaminya tentu tahu penangannya sampai boleh demam. Namun saya kuatkan hati, teruskan juga penyusuan. Ada lebih kurang empat bulan lagi sebelum usianya mencecah dua tahun. Cuma saya tak dapat pam susu lebih lama kerana itulah bekalan susu sangat sedikit. Kadang-kadang saya cuma mampu pam setakat 1 oz sahaja. Ada kalanya berdarah. Memang kena buang. Sayang, sebab bukan senang nak kumpul stok susu tapi dah bercampur dengan darah. Jadi raja bersiung pula nanti, anakandaku! Tambahan pula Adik sudah besar jadi air susu tak sebanyak ketika Adik masih kecil. Kadang-kadang terpaksa berhentikan Adik yang sedang menyusu kerana tak tahan sakit. Adik pun merengek sebab tak puas menyusu. Kasihan dia!


Ubat yang saya ambil daripada Dr Suzaida, tak dapat saya manafaatkan sepenuhnya. Bukan sebab ubat-ubat itu tak bagus tapi disebabkan ubat-ubat itu beracun. Setiap kali Adik hendak menyusu kena basuh dulu. Sepanjang malam memang tak mungkin dapat sapu ubat.

Sudahnya saya ajak juga suami ke Klinik Kita. Kebiasaannya kalau puting berdarah saya akan gunakan ubat dari Klinik Kita kerana ubat itu yang paling serasi dengan saya dan Adik pun boleh terus menyusu. Cuma bulan Ramadhan, saya tak sempat singgah di Klinik Kita. Alhamdulillah sekarang sudah sembuh dan boleh kumpul semula stok susu.


Oleh sebab itu, inilah minuman pilihan saya. Saya kongsikan resipi yang sudah diolah sedikit. Sikit je tak banyak. Kalau mahu resipi asal, boleh terus ke laman myresipi. 

Kurma Milk Shake
Bahan-bahan:
7 biji kurma
sedikit air
250 ml susu rendah lemak (1 kotak kecil)

Cara:
Buang biji kurma. Kemudian didihkan kurma bersama sedikit air untuk melembutkannya. Seterusnya kisar kurma tersebut bersama susu. Tuang ke dalam gelas. Kurma milk shake sudah siap untuk diminum. (Adik akan cakap yeay, yeay...)

Saya tak tambah gula kerana kurma sudah sedia manis. Sesuai diminum suam atau sejuk. Kebiasaannya suami lebih suka yang sejuk. Jadi saya gunakan saja susu yang disimpan di dalam peti sejuk, tak perlu tambah ais.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...