Skip to main content

Pengakhiran Hidup

Setelah bertarung dengan penyakit barah hati selama lebih 3 tahun, akhirnya pada 11 September 2010 bersamaan 2 Syawal pukul 12.00 pagi, arwah Kak Hajar pergi buat selama-lamanya. Mujurlah sempat melawat dan memohon maaf pada arwah petang 1 Syawal itu. Apabila tahu keadaan arwah semakin teruk, kami sekeluarga semua bergegas ke hospital.

Usianya masih muda. Baru 48 tahun. Namun ajal tidak mengenal itu semua. Kini yang tinggal hanyalah kenangan bersama dengannya. Arwah seorang yang sangat periang. Setiap kali saya melawat arwah semasa beliau menderita melawan barah, tidak pernah arwah merintih tentang sakitnya. Arwah tetap tersenyum dan ketawa. Ada sahaja ceritanya untuk buat orang disekelilingnya, paling tidak tersenyum. Semangatnya begitu kental. Tidak pernah saya menitiskan air mata kerana menghormati tingginya semangat arwah. Arwah tidak minta dikasihani tetapi sangat suka orang lain bertanya khabar beliau. Menziarahi beliau.

Pada hari-hari terakhirnya, arwah sudah sangat nazak. Hanya tinggal tulang dan kulit. Suaranya jauh ke dalam. Percakapannya sukar difahami. Namun arwah tetap cuba untuk bercakap dengan saya. Arwah menyuarakan keinginannya untuk makan. Dalam masa yang sama arwah berasa loya. Akhirnya saya menangis juga di hadapannya. 

Allah lebih mengasihi arwah. Penderitaannya telah berakhir. Semoga arwah bersama-sama orang-orang yang dikasihi Ilahi. Amin. Dalam masa yang sama, negara dikejutkan dengan berita kemungkinan jutawan kosmetik dan tiga yang lain bersamanya telah dibunuh. Sangat mendukacitakan. Berita pembunuhan hampir setiap hari kini dilaporkan. Apakah nyawa manusia begitu murah kini? Siapa mereka yang senang-senang menjatuhkan hukum mati ke atas orang lain? Tidakkah terfikir bagaimana sekiranya ahli keluarga atau orang terdekat dengan mereka diperlakukan sedemikian?

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...