Skip to main content

Kejutan

Khamis minggu lalu yang penuh dengan kejutan. Memang kebiasaan suami bergurau dengan anak-anak apabila mereka bangun dari tidur. Seronok bergelak sakan, tiba-tiba si kecil menjerit dan menangis sekuat hati. Cepat-cepat saya angkat. Rupa-rupanya kening Adik sudah terkoyak. Kelam kabut kami. Mesti Adik cuba berdiri di atas katil tetapi tak dapat hendak imbangkan diri dan terus terhantuk pada bucu dinding rumah. Rumah mertua pula dari kayu cengal. Tak dapat bayangkan betapa sakitnya. Namun anak bujang saya memang anak lelaki hebat. Tangisannya sekejap sahaja. Sangat sekejap. Saya sendiri tak dapat bayangkan sekiranya saya di tempatnya. Tak mungkin sesingkat itu saya mampu menahan tangis!

Kasihan Adik!
Kami ke Klinik Ziad. Luka dicuci dan ditampal. Kata Doktor, selepas tiga hari baru pembalutnya boleh dibuka. Keluar sahaja klinik, tak sampai setengah jam pembalut luka itu di bukanya. Tentulah Adik rasa sangat sakit dan tergangu.

Kami ambil keputusan ke Kota Bahru Medical Centre. Sekali lagi lukanya dicuci. Tetapi Adik tetap lasak bermain. Sesekali sahaja mengaduh sakit. Namun Adik tidak menangis.

Sebaik sahaja pulang, satu lagi kejutan suami dipanggil pulang bertugas semula. Ini bukan kali pertama, cutinya terpaksa dipendekkan. Cuma kami di Pantai Timur. Jarak perjalanan yang panjang sangat meletihkan. Apatah lagi keadaan anak-anak. Mahu tak mahu, terpaksa juga pulang awal. Mujur juga perjalanan balik tidak begitu sesak dengan kenderaan.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tersilap delete lak..eh siannya dia..kena jahit ke syidah?

    ReplyDelete
  3. memang kesian sebab bukan salah dia pun... doktor tak jahit sebab dia tak mahu duduk diam...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...