Jang Nara kembali. My Happy Ending. 16 episod. Sekali lagi Jang Nara tidak menghampakan. Ketua eksekutif, Seo yang pada mata kasar masyarakat seorang yang berjaya dan bahagia. Punya suami yang mencintai. Ayah walaupun cuma ayah tiri tetapi sangat penyayang. Miliki seorang anak perempuan yang comel. Dikelilingi pekerja yang kreatif dan rajin serta mempunyai seorang kawan yang setia. Berkawan dari zaman persekolahan. Namun bukan semua berjalan lancar sebagaimana pada dasarnya. Ada lapis-lapis yang mengejutkan. Ada yang melukakan dan ada rahsia disebalik rahsia tersembunyi.
Sebetulnya tema rumah tangga runtuh kerana diganggu sudah terlalu banyak dihasilkan. Bezanya mungkin plot. Mungkin pelakon. Jujurnya kalau bukan kerana Jang Nara, sudah tentu tak diendahkan. Berbanding VIP, Jang Nara tampil dengan watak seorang isteri yang lebih menagih pengertian suami. Seorang isteri dengan derita jiwa yang berat. Menyimpan rahsia menghidap biopolar. Betapa sukar melihatnya bangkit melawan dan bertahan.
Dalam banyak-banyak drama kisah suami curang, rumah tangga runtuh. Isteri bangkit melawan dan berjuang untuk hidup dan mengecap bahagia, saya tetap pilih VIP.
Kenapa? Kerana bukan mudah memilih berdamai dengan takdir. Memaaf dan berlapang dada. Bukan senang untuk tidak menyimpan kemarahan yang bertukar rasa dendam. Itu pilihan saya yang memilih untuk tidak mengendahkan lagi cerita keruntuhan rumah tangga kerana orang ketiga. Cukup-cukuplah.
Comments
Post a Comment