Skip to main content

Yang Namanya 'Percaya'

Kepercayaan
Apabila kita minta mereka buat sesuatu. Letakkan kepercayaan. Berikan kebebasan mereka 'berkarya'. Cuma tetapkan batasan. Tak perlu masuk campur selagi mereka tidak 'melanggar batasan'. 

Sudah tentu hasilnya akan berbeza. Lain jika kita hasilkannya. Itu semestinya kerana acuannya pun lain. Apa salah kita biarkan hasil ini dinikmati. Kita dengar 'pandangan' penerima pula. 

Kalau penerima gembira. Kita raikan. Ingatlah, manusia biasa perlu dihargai. Lebih dihargai bukan hanya kerana keberhasilan menjalankan sesuatu tugas. Ia lebih manis usaha yang membuahkan hasil yang diusahakan dari kosong. Tidakkah kita pun begitu? 

Berhenti menempelkan diri kita dalam 'usaha' mereka. Jadikan diri kita 'tulang belakang' yang menyokong mereka. Kita akan lebih dihargai. Ingatlah, kejayaan mereka menjulang sama nama kita. Respect is something earned, not something given.

Berbalik pada keadaan kalau penerima tak suka. Kita duduk bersama mereka, baiki. Dengar pandangan mereka untuk membetulkan. Menambah baik.  

Kadang kala 'perubahan' mengambil masa untuk diterima. Meyindir takkan membuat keadaan jadi lebih baik.

Andai kata kita terus-terusan mengasak idea kita sahaja, 'keterujaan berkarya' mereka pun terbantut. Mereka akan merasakan semua yang mereka cuba lakukan, tak cukup baik. Mereka mungkin juga merasakan, dicengkam ditaktor. Semua perlu mengikut telunjuk kita semata.

Lama kelamaan mereka hanya 'bergantung' sepenuhnya kepada kita. Kita kena fikir. Kita kena buat. Kita belaka. Masa itu sukar untuk kita mengubah apa-apa. Merungut-rungut atau bertukar jadi 'singa' pun tak ada maknanya lagi. Sedangkan silapnya berpunca daripada kita. 

Fikir-fikirkanlah

Ini pelajaran baharu untuk minggu ini. Selama ini semua yang berlaku dalam lingkungan sendiri. Cerita angguk sahaja. Turut sahaja. Tunggu sahaja. Sebenarnya berpunca daripada 'Tak Percaya'. Semua mengikut satu telunjuk. Bagaimanapun kali ini pihak luar terlibat. Sudah tentu caranya berbeza. Dari situ nampak jelas selama ini tidak ada 'kepercayaan' diberikan. Tanpa 'kepercayaan' rosak sedikit  demi sedikit. Sikap. Keinginan. Daya saing. Inovatif. Semuanya mula 'lenyap' satu demi satu, dibunuh oleh rasa 'Tak Percaya'. Lepas tangan mengambil tempat. Ya, yang paling dikesalkan itulah yang sedang terjadi.  

#usahapromosi

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...