Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

Bingkisan Buat Yang Tersayang

  Hanya kiriman bingkisan buat pengganti diri. Sebelum sekatan merentas negeri diumumkan penghujung tahun 2020, sempat belikan adik beberapa buah buku. Adik OKU. Suka sangat dengan buku-buku haiwan. Tak tahu membaca atau menulis dengan sempurna. Setakat A,B,C yang dihafal kurang sempurna. Gembira sangat apabila dapat semua buku-buku haiwan ketika melawat kami. Malangnya Emak tak benarkan Adik bawa balik ke kampung buku-buku ini semua. Emak cakap tinggal sahaja. (Adik ada banyak koleksi buku-buku haiwan di rumah). Adik tak puas hati. Pesannya pada saya supaya bawa balik ketika pulang ke kampung. Masalahnya hari demi hari, bulan ke bulan situasi pandemik tidak membaik sebagaimana yang diharapkan. Hari ini kes COVID19 naik semula ke angka 5 ribu ke atas. Menghampiri angka 6 ribu. Jauh sekali nak merentas negeri. Malah PKP semula yang mungkin sambung menyambung. Acap kali di telefon Adik tanya bila nak balik, minta bawa balik buku. Jalan terbaik, kirimkan padanya. Hantar 2 buah dahulu....

K-drama di Netflix, Cerita Apa Yang 'Best'?

Kenapa Kdrama? Kmovie tak sebanyak kdrama di Netflix. Ada yang dah tonton pun macam  Time To Hunt ,  Alive ,  Rampant ,  M emories of Murder ,  The Prison . Sesiapa yang belum tonton Parasite , sila tonton. Ada beberapa filem yang saya idamkan nak tonton tetapi tak ada pula di Netflix. Melayan k-drama sejak langgan Netflix, setelah agak lama tak menonton. Campur-campur. Gabungan cerita lama dan baharu. Baca saranan kawan-kawan yang sama-sama meminati k-drama di Facebook tetapi dalam-banyak-banyak drama itu hanya Flower of Evil paling menambat hati. Kisah seorang yang mempunyai gangguan antisosial (tidak mempunyai emosi) yang dituduh rakan subahat pembunuh bersiri bersama mendiang ayahnya sendiri. Memang Wow! Sebenarnya lama juga menunggu Flower of Evil 'muncul' di Netflix. Sempat habis tengok drama lama Lee Joon Gi , Two Weeks  dan  Arang and The Majistrate  di Netflix. Tak payah cari Two Weeks  dan Arang and The Majistrate dalam Netfli...

Bukan Hanya Kita, Bukan Tentang Kita Semata-mata

Ada orang tak rasa 'gerun' ke dengan pandemik yang sedang 'menyerang' negara kita sekarang ni? Eh adalah... (sila sambung ikut pandangan sendiri ya) Situasi pandemik kian memburuk. Jangkitan disebarkan melalui udara. Pengaliran udara. Awal pandemik, kita cuma diwajibkan memakai pelitup muka terutama di kawasan sesak. Sekarang kita digalakkan pakai pelitup muka berganda.  Kita diberitakan kapasiti kesihatan semakin 'tenat'. Malah  Hospital pintar pakar kanak-kanak yang pertama di negara kita, HPKK UKM telah bertukar menjadi sebuah hospital COVID 19.   Hospital ini baru beroperasi pada tahun 2019 untuk kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah.  Penularan dalam komuniti kita tanpa sedar. Tak tahu dapat jangkitan dari mana, daripada siapa? Tapi hidup kita kena diteruskan. 'Berpantang maut sebelum ajal'. Tak kira apa pun kena juga bekerja. Bukan saja-saja ada orang 'membantah' PKP berterusan ini. Kena faham dari 'kasut mereka juga'. Perut kena di...

Pengisian Ilmu & Laksa Ulam Pegaga

Semalam Sabtu yang sibuk. Projek sekolah Abang Ngah. Kerja-kerja pejabat yang tiba-tiba menerjah tapi tak nak ketinggalan pengisian ilmu.  Back to back .  Memang tonton sebab panel-panel undangan, Tuan Syed Ami dan Dr Putri Afzan Maria. Menarik sangat. Kalau kalian nak tonton boleh tonton di facebook The Kalsum Alumni atau Tuan Syed Azmi. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Alhamdulillah. Lewat petang bersama dengan mentor-mentor komuniti disleksia. Anak sudah bujang. Cabaran berbeza. Disleksia dibawanya seumur hidup. Bukan setakat disleksia, ADHD juga. Alhamdulillah. Memang lama benar menunggu mentor-mentor ini berkongsi pentas.  Terima kasih atas perkongsian ilmu.  Walaupun sibuk, dapur kena berasap. Kami anak beranak teringin hendak makan laksa. Guna bahan apa yang ada di dapur sahaja. Campur ikan kembung dan ikan sardin. Orang Kelantan panggil ikan selayang. Tak jadi hal. Dapat seperiuk kuah laksa. Laksa kita pakai sahaja laksa kering. Salad tak ada. Usah gaduh. ...

Penutup Ramadan - Ragam Si Kecil Berpuasa

Sempena Syawal melabuhkan tirainya hari ini. Simpan di sini coretan kenangan Adik menjalani Ramadan. Harapan tinggi melihat anak-anak membesar di hadapan mata namun takdir mungkin bawa cerita yang berbeza. Tahun hadapan, belum tentu berpeluang menyambutnya.  Awal-awal lagi suami beritahu si kecil kena puasa penuh tahun ini. Dengar tu, bangkang tidak setuju pun tidak. Tak cakap apa pun dengan si kecil kecuali beritahu hari Selasa sudah mula puasa. Kena tidur lagi awal dari biasa sebab nak bangun bersahur. Pesanan bukan untuk si kecil je tapi semua anak-anak.  Malam sebelum berpuasa, selepas tarawih si kecil beritahu,  Adik nak puasa je. Adik tak nak tak puasa. Nak tahan. Dalam erti kata lain, si kecil berazam nak puasa penuh. Bukan sebab ayahnya minta pun. Tak beritahu pun lagi hasrat ayahnya tu. Berbunga hati dengar. Mujur tak menitis air mata. Hahaha Over tau jadi mak mak ni .  Buatkan spaghetti carbonara untuk bersahur. Hari pertama puasa, hari Selesa hari bersekol...

Permainan Fakta Bersama Pesakit COVID19

Jangan layan pesakit seperti seorang pesakit. Layan macam orang normal. Pernah dengar? Macam mana nak buat macam tu? Macam mana nak layan macam orang normal?  Terus terang saya pun tak tahu. Saya bereaksi. Tak reti berpura-pura. Nampak melalui muka. Air mata pun cepat tumpah. Tentu saya menjengkelkan pesakit. (Dalam satu kumpulan sokongan pesakit kanser yang saya sertai, mereka menzahirkan rasa kurang senang dengan reaksi pelawat seperti saya) Sebaik tahu seseorang yang dekat dengan saya dijangkiti COVID 19, terus saya menghubunginya. Susah menahan diri dikuasi sebak. Sejak itu saya bataskan diri. Tidak lagi menelefon. Saya hanya hubungi melalui aplikasi Whatsapp . Saya hubungi saban hari cuma bezanya saya buat sesuatu yang lain. Permainan Fakta . Satu hari sekurang-kurangnya 2 soalan. Ada kala sehingga 5 soalan. Bergantung pada keadaan. Beri masa juga kepada sahabat mencari jawapan. Buku-buku ini berikan idea untuk permainan fakta. Soalan-soalan untuk permainan fakta berdasarkan m...

Yang Namanya 'Percaya'

Kepercayaan Apabila kita minta mereka buat sesuatu. Letakkan kepercayaan. Berikan kebebasan mereka 'berkarya'. Cuma tetapkan batasan. Tak perlu masuk campur selagi mereka tidak 'melanggar batasan'.  Sudah tentu hasilnya akan berbeza. Lain jika kita hasilkannya. Itu semestinya kerana acuannya pun lain. Apa salah kita biarkan hasil ini dinikmati. Kita dengar 'pandangan' penerima pula.  Kalau penerima gembira. Kita raikan. Ingatlah, manusia biasa perlu dihargai. Lebih dihargai bukan hanya kerana keberhasilan menjalankan sesuatu tugas. Ia lebih manis usaha yang membuahkan hasil yang diusahakan dari kosong. Tidakkah kita pun begitu?  Berhenti menempelkan diri kita dalam 'usaha' mereka. Jadikan diri kita 'tulang belakang' yang menyokong mereka. Kita akan lebih dihargai. Ingatlah, kejayaan mereka menjulang sama nama kita. Respect is something earned , not something given . Berbalik pada keadaan kalau penerima tak suka. Kita duduk bersama mereka, baiki. ...

Kek Buah Oren

Rindu Ayah. Kita masih dalam bulan Syawal. Ramdan dan Syawal buat rindu semakin membuak-buak. Apabila terkenangkan orang tua di kampung, selain doa, telefon memasak makanan kesukaan mereka jadi penawar rindu. Saya buat kek oren. Sedekahkan pada jiran-jiran dan cikgu mengaji anak-anak. Sebenarnya saya dapat resepi asal dari internet. Terima kasih daun keladi. Lupa siapa penyumbang resipi. Sekitar bulan Julai 2016. Saya cuba tetapi gagal. Kek itu batat. Saya rasa kerana terlebih sukatan tepung. Resepi asal, sukatan tepung adalah 2 cawan. Oleh sebab saya sudah beli begitu banyak buah oren, saya tekad mencuba resepi ini sekali lagi tetapi saya olah sedikit. Sukatan tepung cuma 1 cawan sahaja.  Alhamdulillah. Hasilnya sangat memuaskan hati. Kek itu sangat disukai oleh orang tua saya. Ayah susah hendak suka sesuatu makanan tetapi jika ayah sudah suka, kita akan seronok melihat ayah menikmatinya. Kek itu habis tak sampai satu hari. Rindu Ayah. Situasi COVID 19  di negara...