Kelmarin 2 Mac 2021,
Setahun cukup.
Kepulan awan tetap memayungi.
Bezanya disulami gerimis petang.
Tak mampu menyamankan udara panas yang menghembus.
Masih kekal suram.
Kiranya tertipu oleh bayangan pelangi selepas hujan.
Sebetulnya belum ada jalan keluar yang terang.
Masih lagi berdiri dalam goyah.
Tuhan,
Keyakinan padaMu tetap bersandarkan harapan.
Percaya oleh doa yang teranaiya itu tiada hijabnya.
Tuhan,
Makbulkan permintaan daripada hamba yang kerdil, hina-dina.
Mohon Kau, angkatlah beban.
Comments
Post a Comment