Peribahasa yang biasa kita dengar,
"Bagai aur dengan tebing"
Saling bekerjasama. Bantu membantu. Saling bergantungan. Hubungan yang erat.
"Memagar diri bagai aur"
Hanya memikirkan diri sendiri saja.
Mementingkan diri sendiri.
Baik, silakan tapi suka hendak diberitahu, hidup ini ibarat roda. Ada masa kita di atas. Lapang. Bahagia. Ada masa kita di bawah. Terhimpit. Tersepit. Rasa derita.
"Tepuk dada, tangan selera"
Kadang-kadang kan, kita cuma diminta untuk lebih bertoleransi sahaja. Bukan setiap masa. Cuma kadang kala untuk sesuatu keadaan tertentu sahaja. Kadang kadang untuk suatu jangka masa yang panjang pun. Hanya untuk seketika waktu. Kadang kadang bukan minta dari segi wang ringgit pun. Bukan juga dari tenaga atau buah fikir. Tapi itulah orang akan menilai kita daripada sikap dan tindakan kita. Lebih-lebih lagi jika kita memagar diri bagai aur.
Aur = buluh; bumbu
Comments
Post a Comment