Skip to main content

Ragam si Kecil - Selamat Kembali ke Sekolah

Kena simpan juga pengalaman ini. Buat bahan untuk tersenyum suatu hari nanti.

Dalam kalut, kerja; kerja; kerja dan kerja. Mohon juga cuti 8 Mac 2021 sebab memikirkan anak bongsu. Betul umurnya akan memasuki 9 tahun tapi haiii namapun anak bongsu kan.

Pagi, Alhamdulillah. Bangun tak menangis. Senang sahaja. Suruh mandi, solat subuh, bersiap, makan sarapan. Semua tip top. Salah satu sebab ambil cuti takut pagi Adik meragam. Tak mahu bangun. Tak mahu sikat rambut. Tak mahu pakai stokin. Tak mahu pakai tali leher. Ambil cuti untuk persediaan karenah-karenah seperti ini. Lama sangat tak sekolah. Takut mood ke laut dalam. Mujur semua itu tak ada. Lega. Sangat.

Boleh memasak dengan selesa tapi masih lagi periksa emel, whatsapp yang bertalu-talu dan terima panggilan dari pejabat. Adat. Memang kena jawab dan buat. Cuma tak perlu nak berkejar masuk apa-apa mesyuarat atau taklimat maya. All those compulsory. Kalau tidak memang terkejar-kejar. Bersambung-sambung.  

Eh pukul 2:00 petang si kecil tu balik dengan abangnya. Apa dah jadi kan?! Bukan ke sepatutnya sambung ke kelas KAFA?

Sepatah tak jawab. Tersengih-sengih sahaja dia.

Terus baring atas sofa. Abangnya yang bercerita. Kata Abang Ngah, beg Adik hilang. Ah sudah. Macam mana boleh hilang? 

(Tahun 1 beg tak pernah hilang. Tahun 2 pun beg tak hilang. Tahun 3, beg hilang???

Adik memang bawa 2 beg ke sekolah. Ini memang kemahuannya sendiri. Kelas KAFA di Sekolah Kebangsaan. Sewa lokar untuk simpan beg untuk kelas KAFA)

Soalan ini Adik sahaja yang ada jawapannya tapi dia tak mahu jawab. Muka pun berubah jadi masam mencuka.

Suruh makan, tak mahu. Tak apa. Mari kita ke sekolah. Masa dengar ini memang mulutnya dah boleh kena ikat muncungnya. Naik ke atas, siap-siap pakai tudung semua. Ajak dia ke sekolah semula. Pak cik yang bawa van sekolah pun nampak kami nak keluar semula dan terus beritahu, beg sekolah Adik hilang. Ya, ya, ya. Memang kena pergi semula ke sekolah. 

Sebelum keluar rumah, telefon dulu Ustaz maklumkan serba sedikit. Duduk perkara sebenar tak tahu lagi sebab Adik protes tak mahu bercakap.

Beritahu pula pada suami. Haaa ini kira macam gertak sikit. Bukan marah-marah pun. Bukan suruh Adik bercakap. Tapi kena ada taktik juga nak 'melawan' si kecil ni. Tak boleh kalah dengan karenah dia. Takut nanti 'lemak berkrim' tak mahu ke sekolah.

Sampai sekolah cerita serba sedikit kepada pegawal keselamatan. Mujur memang kami ada hubungan baik dengan cikgu-cikgu dan pengawal keselamatan di sekolah. Baru Adik buka mulut sikit, beritahu beg sekolah KAFA di letakkan di tepi lokar. Tepi. Bukan dalam. Padahal ada kunci lokar ya.

Pengawal keselamatan beri kebenaran pergi cari. Alahai ada je pun ha beg Adik. Tepi lokar cuma beralih kedudukan sahaja. Tak hilang pun.

Mood Adik terus berubah. Turun dari kereta tak pakai topeng muka. Protes tu. Dia tak tahu dalam kereta, ada sepeket topeng muka untuk kes-kes kecemasan macam ini. Nak pegang tangan pun dia tak mahu. 

Telefon semula Ustaz, tanya kedudukan kelas sebab hari ini hari pertama persekolahan, Adik pun tak tahu di mana kelas dia. Hantar sampai depan pintu kelas.

Alhamdulillah. Selesai. Aduhai anak. Mujur tau. Mujur sangat ambil cuti. 

* Dalam perjalanan balik memang tersenyum-senyum mengenangkan karenah Adik. Rasanya la kan memang Adik tak nak pergi kelas KAFA sebabnya satu sahaja. Abang Ngah tak pergi. Abang Ngah lain, Abang Ngah dua tahun berturut-turut mengulang Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan tapi di KAFA tak buat pengulangan. Jadi memang seisi belajar di KAFA sudah habis. Sepatutnya tahun ini, Abang Ngah sudah belajar di Sekolah Menengah. Ini cabaran yang bakal menunggu kami di tahun hadapan. Menghadapi tekanan emosi Abang Ngah. Ya, sekali lagi. Lagi dan lagi. It's okay, let face it together.

Adik lain. Adik, Adik. Adik bertuah masih ada Abang Ngah setahun lagi bersama Adik di Sekolah Kebangsaan. Memang Abang Ngah ini kawan baiknya. Berkawan pun dengan kawan-kawan Abang Ngah.  Insyaallah suatu hari nanti Adik faham semuanya. Bukan Abang Ngah sengaja tak mahu pergi kelas KAFA lagi. Abang Ngah pun tentu tak mahu menghadapi situasi semacam ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...