Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Six Flying Dragons vs Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo

Putera Wang So @ King Gwangjong dari Dinasti Goryeo atau Lee Bang Won Putera Jeongan @ King Taejong dari Dinasti Joseon. Siapa yang lebih kejam? Tidak begitu arif sejarah Korea namun dikatakan kedua-duanya mengambil nyawa adik beradik dan saudara masing-masing untuk menduduki singgahsana. Sementelah pada zaman itu, mata pedang memainkan peranan besar. Bagi mempertahan diri, memerlukan kuasa. Begitu juga untuk menuntut keadilan dan mempertaruh nyawa - dengan saling membunuh.   "Hanya seorang putera sahaja yang boleh mendiami istana. Putera itulah bakal menjadi Raja" "Bukankah dari awal perancangan guru, sememangnya tidak ada tempat untuk Beta?" Ini punca kedua mereka berubah. Tidak dapat tidak membandingkan, Wang So lakonan Lee Joon Gi dengan Yoo Ah In yang beraksi sebagai Lee Bang Won. Memang menarik lakonan kedua aktor ini. Lirik mata, riak wajah dan penghayatan watak mereka. Ternyata topeng yang menutupi hampir separuh wajah bukan masala...

Taare Zameen Par = Disleksia

Sempena hari Jumaat yang mulia, saya ingin kongsikan sesuatu. Perkongsiaan saya tak sebagus, perkongsian Aamir Khan dalam Taare Zameen Par . Barangkali anda lebih arif, suka saya jika anda juga sanggup berkongsi. Oleh kerana saya juga masih 'hijau', maafkan saya jika ianya tak seperti yang anda harapkan. Jika mana-mana perkataan, ada yang melukakan, saya minta maaf.  Sila beri senyuman lebar kalau anda peminat aktor, Aamir Khan . Sebelum negara dihentam oleh badai dari Korea dengan K-Pop & K-Drama, cerita dan irama Bollywood lebih dahulu memukul. Sewaktu filem Taare Zameen Par ditayangkan di negara kita, saya menonton sebagai peminat kepada pelakon kacak, Aamir Khan . Berair mata menonton kisah anak istimewa ini. Saya kembali mengulang tonton. Kali ini bukan kerana Aamir Khan, sebaliknya kerana disleksia , tema cerita ini. Selama ini, pengetahuan saya terbatas kepada definisi disleksia itu sendiri iaitu Dys (kesukaran) and Lexia (menggunakan huruf) . Disleks...

Anakanda (Pelangi Yang Indah) 24 Julai 2016 - 27 Julai 2016

Selamat pulang semula anakanda ke pangkuan Ilahi. Terima kasih kerana sudi hadir walaupun sekejap. You are such a beautiful rainbow. Sahabatku, Zalipah dan Raffiee, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. I wish I could be there with both of you. Maafkan saya. Insyaallah akan ada sesuatu yang lebih baik menanti kalian sekeluarga.

Berlindung di Balik Telunjuk

Ia mengambil masa. Lebih daripada setahun. Bahkan tidak juga dua tahun. Ianya masih basah dalam ingatan. Meski luka yang panjang dan dalam itu, sudah menjadi parut. Sakitnya sudah tak terasakan. Namun melupakannya, belum mampu. Benarlah bangkai gajah tak selamanya dapat dilindungkan. Busuk bau bangkai sudah terhidu.  Barangkali sedari mulapun busuk baunya sudah menusuk tetapi tak diendahkan. Kini sudah memburuk. Kebenaran itu sudah semakin jelas. Tersingkap pada Jumaat yang mulia. Benarlah janjiMu, Tuhan. Tidak aku melonjak, gembira. Tidak aku menangis, bahagia. Bertepuk tangan jauh sekali. Syukur pada Yang Esa, setahun, dua tahun, tiga tahun, walau berapa lama sekalipun masanya. JanjiNya, kebenaran akan menang telah tertunai. Kau akui ataupun tidak, bukan kudis bagiku. Ianya kini sama seperti berlindung di balik telunjuk. Jumaat 10 Syawal 1437 15 Julai 2016

Tak Mahu Pergi Sekolah

Kebiasaannya dia yang paling mudah bangun pagi. Tak perlu jerit-jerit. Tak payah nak kejutkan berkali-kali. Sekali kejut, dia akan terus duduk. Tak perlu nak iring ke bilik air. Dia tahu apa yang patut dibuat tapi pagi ini... Dia bangun apabila dikejutkan. Lambat tak seperti selalu. Duduk seperti biasa tapi dia tidak mahu bangkit mandi. Berkali-kali disuruh. Sampai terpaksa percikkan air ke mukanya. Hari ini, dia tidak terus masuk ke bilik air. Dia duduk di birai katil dan menangis. Menangis dan terus menangis.  Memang susah hendak mendengar dia mengadu itu dan ini. Tambah-tambah dalam keadaannya begitu. Seisi teka meneka pun bermula. "Sakit perut ke?"  Geleng "Sakit kepala ke?" Geleng "Rasa nak demam?" Geleng "Tak nak pergi sekolah?" Angguk "Ada bergaduh dengan kawan ke?" Geleng "Cikgu marah?" Angguk "Cikgu marah kalau nakal. Jangan usik kawan. Jangan buat nakal" Terus menangi...

Ramadan 1437 Hijri

Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Macam-macam berlaku sepanjang Ramadan kali ini. Ada mengulang cerita yang sama. Tahun-tahun sebelumnya Palestin bermandi darah, tidak ada bezanya pada tahun ini. Pada Ramadan kali ini. Tembak dan bunuh membunuh itu, tidak pernah berhenti. Keadaan ini bahkan berlarutan sepanjang tahun. Cuma tidak jadi perhatian dunia sebagaimana tahun lepas. Apakah anda masih terus memboikot? Merisik khabar melalui cerita-cerita dan gambar-gambar yang dimuatkan daripada saudara-saudara di Palestin melalui facebook, rasa sedih mengigit-gigit.  Keadaan tidak berbeza di Syria atau di Xinjiang. Ya, keadaan di Xinjiang masih sebagaimana sebelumnya. Memang ada yang menafikan. Keadaan di sana nampak tenang tanpa kekecohan. Sekiranya itu yang dipaksakan saban tahun, sudah jadi lali tentunya tetapi ada juga yang mengugahkan kerana umat Islam di China bukan hanya di Xinjiang. Umat Islam di Beijing, Shanghai dan tempat-tempat lain di China, tidak dikenakan sekatan. B...

Wandeuki @ Punch : Sempena Meraikan Hari Ibu dan Hari Guru : )

MEI - Minggu awal bulan Mei, sambutan Hari Ibu . 16 Mei pula sambutan Hari Guru . Sempena Mei, sambutan untuk orang-orang hebat, mari kita tonton filem Wandeuki atau Punch . Filem yang diangkat dari novel karya Kim Ryeo Ryeong berjudul Wandeuk yang diterbitkan pada tahun 2008. Cerita tentang Wandeuk seorang remaja pendiam, gemar menyendiri dek kerana terbelenggu oleh aura negetif yang melingkari hidupnya iaitu kemiskinan dan kecacatan serta pandangan dan penerimaan masyarakat sekitar. Wandeuk tidak menyimpan apa-apa impian. Aura negetif ini menjadikannya, culas dalam belajar. Ayah Wandeuk, Encik Doh tergolong dalam kategori kurang upaya kerana fizikalnya yang bongkok. Saiznya separuh daripada Wandeuk sendiri. Pun begitu, Wandeuk mengagumi kebolehan menari, ayahnya. Ayahnya menari dengan mengenakan solekan badut bersama dengan seorang rakan yang juga tergolong daripada orang kurang upaya. Mereka mengangkatnya, Min Goo sebagai saudara. Kehidupan mereka yang miskin bertamba...

Nasib Rakyat? Yang Tak Berkuasa & Upaya

Mesti biasa dengarkan, nasib mentimun. Nasib mentimun apabila berlawan dengan durian. Tergolek, luka. Digolek pun luka.  Kita, rakyat begitukah? Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.  Pelanduk itulah lambang orang lemah, tak punya upaya dan kuasa. Pelanduk itu juga ibarat mentimun.  Perbalahan dua kuasa besar, akhirnya nyawa yang tak berdosa menjadi mangsa. Sejarah sudah mencoretkan cerita duka namun hati tetap bergetar. Pelupuk mata tetap basah. Perbalahan yang memutuskan ikatan kekeluargaan, kekasih dan persahabatan. Kejam bukan?! Sambong Jung Do Jeon dengan caranya. Putera Jeongan Lee Bang Won dengan caranya. Padahal matlamat mereka sama. Impian mereka sama. Kaedah sahaja yang berbeza. Pendirian masing-masing. Ego tak berpenghujung. Saling menegakkan benang yang basah. Tiada istilah beralah. Tidak ada pertimbangan. Benarkah itu sahaja pilihan untuk terus hidup? Atau itulah besarnya pengaruh sesuatu k...

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Tahniah - Punch (Korean Drama)

Dalam banyak-banyak drama Korea yang saya tonton, Punch adalah drama yang sangat saya suka ( entah bilalah saya hendak sudahkan post cinta Park Jung Hwan dan Shin Ha Gyung hahaha ). Bagi bukan orang filem macam saya, yang bukan pandai pun menilai aspek-aspek perfilemen ini, perkara-perkara yang boleh buat saya sukakan drama ini adalah kerana jalan cerita, mesej cerita dan keberkesanan lakonan pelakon-pelakonnya. Walaupun pelokon pembantu, lakonan mereka bagus. Tambah lagi satu, pengucapan dialog. Saya suka dialog-dialog yang mereka tuturkan. Ada kelainan. Terutama dialog yang dituturkan oleh Jo Jae Hyun.  Lambat mungkin tetapi di sini saya menzahirkan, kalungan tahniah buat semua yang menjayakan drama Punch. You did a great job . Saya sebenarnya menjangkakan drama Punch akan dihujani banyak anugerah tetapi tekaan saya meleset. 51st Baeksang Arts Award Park Kyung Soo menang Lakon Layar Terbaik 15th Gwangju International Film Festival Jo Jae Hyun (Lee Tae Joon) men...