Skip to main content

Tahniah - Punch (Korean Drama)

Dalam banyak-banyak drama Korea yang saya tonton, Punch adalah drama yang sangat saya suka (entah bilalah saya hendak sudahkan post cinta Park Jung Hwan dan Shin Ha Gyung hahaha). Bagi bukan orang filem macam saya, yang bukan pandai pun menilai aspek-aspek perfilemen ini, perkara-perkara yang boleh buat saya sukakan drama ini adalah kerana jalan cerita, mesej cerita dan keberkesanan lakonan pelakon-pelakonnya. Walaupun pelokon pembantu, lakonan mereka bagus. Tambah lagi satu, pengucapan dialog. Saya suka dialog-dialog yang mereka tuturkan. Ada kelainan. Terutama dialog yang dituturkan oleh Jo Jae Hyun. 


Lambat mungkin tetapi di sini saya menzahirkan, kalungan tahniah buat semua yang menjayakan drama Punch. You did a great job. Saya sebenarnya menjangkakan drama Punch akan dihujani banyak anugerah tetapi tekaan saya meleset.

51st Baeksang Arts Award

Park Kyung Soo menang Lakon Layar Terbaik

15th Gwangju International Film Festival

Jo Jae Hyun (Lee Tae Joon) menang Daesang

Seo Ji Hye (Choi Yeon Jin) menang Bintang TV Terbaik


4th APAN Star Award

Park Kyung Soo menang Penulis Skrip Terbaik

SBS Drama Awards 2015

Jo Jae Hyun (Lee Tae Joon) menang Top Excellent Award, Mid-Length Drama & Top 10 Stars

Choi Myung Gil (Yoon Ji Sook) menang Top Excellent Award, Mid-Length Drama

Kim Rae Won (Park Jung Hwan) menang Producer's Award 

Jang Hyung Sung (Dr Jang Min Seok) menang Special Acting Award, Mid-Length Drama


Barangkali saya tidak pandai menilai. Al maklum, saya bukan orang filem. Pun, melihat kepada pemenang, ambil contoh SBS Drama Awards 2015. Joo Won menang anugerah terbaik keseluruhan atau Daesang untuk drama lakonannya Yong Pal. Yong Pal (Gang Doctor) saya tonton juga tapi saya tak pernah ulas. Saya tonton gitu-gitu sahaja. Ketinggalan satu dua episod pun tak jadi apa-apa. Pada pandangan saya, saya tak nampak apa menariknya drama ini. Sama seperti drama cinta yang biasa ditayangkan. Kalau hendak kata hebat sangat lakonan Joo Woo, rasa-rasanya lakonan Kim Rae Won atau Jo Jae Hyun atau Yoo Ah In, jauh lebih baik lagi. Amboi kau! Eheemmm... Mungkin menang atas sebab populariti... Drama Korea diukur dengan rating penonton. Khabarnya Yong Pal menjadi fenomena. Marahlah peminat Joo Woo... Jangan marah, nanti kena jual...


Saya tak tonton berdasarkan rupa paras atau populariti. Kim Rae Won berjaya menunjukkan rasa geram, sedih, marah dan gembira walau hanya dengan riak wajah atau pergerakkan badan. Memang menjiwai watak. Saya jumpa seorang lagi seperti itu, Yoo Ah In. Walaupun Joo Won jauh lagi handsome daripada Kim Rae Won atau Yoo Ah In. Ini bukti, I tak bias you... 
Apa-apa pun, siapa yang tonton drama ini, tak akan rasa rugi menontonnya. Saya tunggu lakonan terbaharu Kim Rae Won... Sekarang saya sedang tonton drama Six Flying Dragons. Yoo Ah In sudah masuk dalam carta pelakon lelaki terbaik pilihan saya...  


Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...