Skip to main content

Tak Mahu Pergi Sekolah

Kebiasaannya dia yang paling mudah bangun pagi. Tak perlu jerit-jerit. Tak payah nak kejutkan berkali-kali. Sekali kejut, dia akan terus duduk. Tak perlu nak iring ke bilik air.

Dia tahu apa yang patut dibuat tapi pagi ini... Dia bangun apabila dikejutkan. Lambat tak seperti selalu. Duduk seperti biasa tapi dia tidak mahu bangkit mandi. Berkali-kali disuruh. Sampai terpaksa percikkan air ke mukanya. Hari ini, dia tidak terus masuk ke bilik air. Dia duduk di birai katil dan menangis. Menangis dan terus menangis. 

Memang susah hendak mendengar dia mengadu itu dan ini. Tambah-tambah dalam keadaannya begitu. Seisi teka meneka pun bermula.
"Sakit perut ke?" 
Geleng
"Sakit kepala ke?"
Geleng
"Rasa nak demam?"
Geleng
"Tak nak pergi sekolah?"
Angguk
"Ada bergaduh dengan kawan ke?"
Geleng
"Cikgu marah?"
Angguk
"Cikgu marah kalau nakal. Jangan usik kawan. Jangan buat nakal"
Terus menangis. 
"Kena buat kerja yang cikgu suruh. Cikgu tanya kena jawab"
"Tak tahu"
"Cikgu marah sebab tak tahu?"
Angguk
"Kawan-kawan tahu?"
Angguk
"Cikgu mana yang marah?"
Lebih daripada lima kali bertanya, baru dapat jawapannya.

Air mata diri sendiri yang hendak sama menitis. Bagaimana hendak diterangkan, agar dia faham. Apa yang hendak dikatakan padanya supaya dia tidak rasa dirinya, bodoh.

Bukan seorang cikgu. Bukan satu mata pelajaran tetapi libatkan mata pelajaran teras belaka. Cikgu tak salah. Cikgu betul. Cikgu sudah ajar tetapi tidak tahu-tahu juga, tentu cikgu akan hilang sabar. Kalau kawan-kawan dalam kelas sudah faham, sudah boleh buat, bukan salah cikgu yang mengajar. Cikgu pun manusia. Ada perasaan. Cikgu pun tahu letih.  Cikgu pun tahu marah.

"Sabarlah Abang Ngah. Sabar ya. Abang Ngah kena juga pergi sekolah. Kalau tidak, lagi Abang Ngah tak tahu apa-apa"

Saya sendiri tidak yakin dengan apa yang saya katakan itu akan mampu melegakan. Dia anak yang baik. Kemudiannya dia bangun mandi dan bersiap. Namun saya percaya saya gagal memujuk perasaannya. Serasa kerdilnya diri. Bukan sekali, dua saya maklumkan keadaan anak saya kepada guru-guru di aliran perdana.

Sabtu lepas, guru yang mengajarnya di kelas terapi mengadu dia tidak mahu bercerita apa-apa tentang sekolah. Setiap kali ditanya, dia akan diam. Ini bukan pertama kali.

Tahun ini ada banyak perkara yang berlaku pada dirinya. Lebih banyak yang tidak menyenangkan. Keputusan peperiksaannya semakin merosot. Sukar memang sukar kerana dia tak banyak mahu bercerita masalahnya. Pengakuan sekolah tidak menyeronokkan, kembali menghantui. Seperti kata penyelia di tempat dia menjalani terapi, "takut dia hilang minat untuk belajar".  


Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...