Ia mengambil masa. Lebih daripada setahun. Bahkan tidak juga dua tahun. Ianya masih basah dalam ingatan. Meski luka yang panjang dan dalam itu, sudah menjadi parut. Sakitnya sudah tak terasakan. Namun melupakannya, belum mampu.
Benarlah bangkai gajah tak selamanya dapat dilindungkan. Busuk bau bangkai sudah terhidu. Barangkali sedari mulapun busuk baunya sudah menusuk tetapi tak diendahkan. Kini sudah memburuk.
Kebenaran itu sudah semakin jelas. Tersingkap pada Jumaat yang mulia. Benarlah janjiMu, Tuhan.
Tidak aku melonjak, gembira. Tidak aku menangis, bahagia. Bertepuk tangan jauh sekali. Syukur pada Yang Esa, setahun, dua tahun, tiga tahun, walau berapa lama sekalipun masanya. JanjiNya, kebenaran akan menang telah tertunai. Kau akui ataupun tidak, bukan kudis bagiku. Ianya kini sama seperti berlindung di balik telunjuk.
Jumaat
10 Syawal 1437
15 Julai 2016
Comments
Post a Comment