Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Cinta Park Jung Hwan & Shin Ha Gyung - Cinta Terzahir (Bahagian III)

Park Jung Hwan tidak mengungkapkan kata-kata cinta. Perlakuan. Tindakan. Renungan mata dan lirik senyum. Semakin bergula senyumannya pada Ha Gyung. Seolah-olah menyatakan secara tidak langsung kepada bekas isteri, cinta yang tersembunyi. Ada ketika di mana begitu sukar untuk beliau mendapatkan kerjasama Ha Gyung ketika bekerja, helah digunakan. Ha Gyung sebagaimana biasa, tewas dengan helah Jung Hwan. Ketika berhelah untuk mendapatkan maklumat, Jung Hwan bahkan menemukan sesuatu yang lebih berharga. Gambar mereka sekeluarga ketika meraikan ulang tahun Ye Rin. Diambil dari pejabat Ha Gyung dan disimpan di dalam dompet. Hanya satu nota pemberitahuan bukan meminta kebenaran. Adik Jung Hwan, Dr Hyun Seon memujuknya menerima rawatan dan dimasukkan ke wad tetapi Jung Hwan menolak. Sejak mengetahui pembedahan Jung Hwan gagal, Ha Gyung juga tidak putus-putus memujuknya mendapatkan rawatan. Ha Gyung tahu rancangan percutian yang diidamkan mertuanya. Ha Gyung minta Jung Hwan untuk be...

Siapa Ratu, Siapa Hero Bertakhta di Hatimu?

Salam Jumaat. Lama saya tidak menulis di sini. Banyak yang saya teringin hendak tulis tetapi saya tidak buat. Rindu ibu? Wanita hebat. Ada sesiapa yang hendak menafikan, tingginya nilai wanita bergelar ibu? Sekalipun mungkin beliau tidak melahirkan tetapi naluri keibuan yang dimiliknya dengan berupaya membelai, mengasuh dan mendidik, cukup untuk mengangkat martabatnya sebagai ibu. Harus diingat, dikalangan kita yang ramai ini, ada yang istimewa, diuji tanpa punya rahim. Ada yang diduga tanpa punya pasangan tetapi tetap berupaya melaksanakan tanggungjawab seorang ibu. Selayaknya bergelar ibu juga. Tanpa ibu, siapalah kita? Guru pertama, manusia di dunia. Kita belajar daripada ibu sejak dari dalam dunia rahim. Pernah dengar, pembelajaran bermula sejak dari dalam rahim? Ya, sebenarnya kita mula belajar, sejak dari dalam rahim. Kita belajar melalui suara ibu. Ibu bercakap dengan janinnya. Ibu bacakan kalam-kalam  Allah untuk janinnya. Ibu berzikir memuji Yang Maha Esa. Ibu bersela...

Punch : Kembali Bersiaran Pada Masa Yang Tepat?

Selamat meraikan Syawal. Sebut meraikan, hari ini ada yang senyum sampai ke telinga tetapi ada juga yang berduka. Layak atau tidak, sudah bukan kriteria lagi. Soalnya di sini, mampukah membawa perubahan positif? Demi tanah tumpah darahku, tidak lain dan tidak bukan, mesti mahukan yang lebih baik. Walau tahu ketidakwajaran harapan itu kerana terlalu banyak koyak yang perlu perlu ditampung. Drama Punch yang turut digelar, "slap in the back of the head" kembali bersiaran. Tontonlah. Andai boleh anda melihat cerminan watak dalam lakonan ke pentas hidup sekarang ini. Benar bukan, naik tinggi langit kemudian, jatuh menyembah bumi, perit sekali dan seolah lumrah, apabila sudah di puncak, lupa rumput di bumi. Tidak mahu turun lagi. Mari sama-sama kita lihat, siapa dia rupa-rupanya, Yoon Ji Sook ? Orang yang menegaskan setiap tindak tanduk adalah dengan mengutamakan rakyat. Hidup berpaksikan undang-undang. Salah tetap salah, tetapi sebenarnya terpakai hanya kepada...

GST : Benarkah Tidak Membebankan?

Saya tidak akan ulas. Harinya telah tiba. 1 April 2015. Hari ini. Bermula hari ini, GST akan dikenakan. Saya masih belek-belek Barang Serbaneka: Senarai Barang Bercukai dan Barang Tidak Bercukai yang saya cetak dari laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia . Bukan yang terkini pun. 2 Januari 2015. Masih ada perubahan itu dan ini. Namun cuma perubahan yang kecil. Barang makanan. Mengapa? Ini keperluan asas. Barang-barang makanan mentah seperti beras, ayam, ikan basah, sayur dikecualikan GST. Brang-barang makanan yang diproses dan sejuk beku, kebanyakkannya dikenakan GST. Sos tiram, sos tomato, sos cili, ikan pekasam, ikan sardin, perencah makanan (kiub atau paste), akan dikenakan GST. Akan naikkah harga makanan siap? Jangan cerita pasal harga makanan di restoran atau hotel yang sememangnya akan mengenakan GST tetapi ambil contoh makanan yang dijual di gerai-gerai. Satu yang perlu diingat, bukan semua peniaga layak mengenakan GST ya. Contoh, mee goreng yang dijual mak cik atau ka...

Railway Pasembor - The Best Pasembor in Ipoh

Lauk pauk yang dijual di Kafe, itu - itulah juga. Hari ini tak bawa bekal. Tak sempat memasak. Semalam balik kerja rasa penat lain dari selalu. Cepat je mata lelap. Tiba-tiba rasa macam nak makan pasembor. Belum jumpa lagi pasembur di ibu kota ini yang sesedap pasembor di Ipoh. Pada halnya baharu lepas pekena Sabtu yang lepas. Sesiapa yang pergi ke Ipoh, jangan lupa singgah di Railway Pasembor. Tambah-tambah kalau pergi ke The Lost World Of Tambun . Memang sudah tak jauh pun hendak ke Tanjung Rambutan. Ini bukan stesen keretapi Ipoh tapi di Tanjung Rambutan.  Mudah hendak cari sebab tepi jalan.Gigih ambil gambar sebab ada nombor telefon di situ. Ini dia rupa pasembor yang sedap itu. Hmmm... Masa dalam pantang melahirkan anak-anak, memang telan air liur tengok adik-adik makan hahaha... Sekarang giliran adik telan air liur... hahaha... Kejap je, nanti boleh makan dan makan lagi... Jangan lupa cuba makan mee rebus juga. Mee rebus pun sedap. Alamak, jadi la...

Cinta Park Jung Hwan & Shin Ha Gyung - Rahsia Demi Rahsia (Bahagian II)

Sesuai sekali tajuk drama ini, Punch . Setiap episod, ada tumbukan yang dilepaskan. Memilih berpisah daripada Lee Tae Joon, satu tumbukan daripada Park Jung Hwan kepada ketuanya itu. Bagaimanapun harus diingat, beliau mesti bersedia menghadapi tumbukan lawan. Bahkan tumbukan daripada Ha Gyung juga. Membiarkan salah faham Ha Gyung terus membelenggu, membuatkan keduanya jatuh dalam perangkap yang dipasang Lee Tae Joon. Lee Tae Joon bertekad membalas dendam pada Jung Hwan yang disangka penyebab abangnya membunuh diri. Rahsia pembedahan Jung Hwan gagal, satu kelebihan buatnya. Lee Tae Joon mengarahkan Jung Hwan menutup mulut Kim Sang Min yang sedang dalam perjalanan untuk disoal siasat, kes pembunuhan penyelidik Auto Seijin. Dadah demerol yang didapatkan daripada Dr Jang Min Suk,  jadi pertaruhan. Jung Hwan terdesak memerlukan ubat penahan sakit. Berderai harapannya sama seperti demerol yang pecah di tangan Lee Tae Joon. Tekad Ha Gyung mengheret Jung Hwan, ke muka penga...

Salam Jumaat - Semoga Yang Kosong Bolong Kembali Terisi

Kosong Bolong Terkadang segala serba tidak menjadi Segala tidak ada yang kena Salah belaka Habis helah daya dan upaya Kadang-kadang Dan kerana lemahnya kita sebagai hamba Dan kerana semua itu aturanNya Dan kerana apa yang berlaku itu adalah ujian memperkuat lagi diri manusia Dan sebetulnya kerana setiap sesuatu yang pedih itu akan membuat kita lebih kuat Dan akan membuatkan kita menyerah sepenuhnya kepadaNya Di bahuNya, kita menangis Di telingaNya, kita mengadu Atas kasih sayangNya, kita rasa bahagia dalam esakan Kita pun bangun untuk terus hidup Kemudiannya Gagal lagi Kita tersedu lagi Rasa kerdil lagi Terhina lagi Kosong bolong Gagal lagi Kita kembali berdiri BersamaNya terasa bahagia Ulang dan ulang Sehingga akhirnya Dia menghadiahkan Bukan lagi senyum tetapi tawa Anehnya Kita rasa dewasa oleh pengalaman * Ya Allah, Kau bantulah, Liew Daren untuk bangun lagi . Pagi-pagi ini, Jumaat yang mulia tiba-tiba rasa sebak apabila baca dan lihat gambar Liew Dar...

Cinta Park Jung Hwan & Shin Ha Gyung : Masih Adakah Cinta? (Bahagian I)

Dalam kebanyakkan sinopsis tentang drama Punch ini, korupsi adalah temanya. Memang betul ini drama yang mengetengahkan isu penyelewenggan, salah guna kuasa dan rasuah yang memualkan. Ini memang bukan drama melankolik atau romantik. Namun setelah menonton episod demi episod, saya simpulkan paksinya adalah cinta . Ini tentang cerita cinta Park Jung Hwan dan Shin Ha Gyung. Pengenalan episod, Park Jung Hwan bermula garang. Sisi lembut Kim Rae Won sebagai Park Jung Hwan hanya terlihat ketika beliau menyantuni keluarganya iaitu ibu, adik perempuan dan anak perempuannya. Hubungan antara beliau dan bekas isterinya, Ha Gyung tegang kerana perbezaan prinsip hidup. Layanan mesra terhadap Ha Gyung hanya berlaku di hadapan Ye Rin, anak mereka. Ha Gyung terlihat sebagai dinding penghalang cita-citanya. Niat baik Ha Gyung untuk Jung Hwan berpatah arah, kembali ke jalan yang benar bukan terus sesat dalam terang, tidak diendahkan. Oleh itu, Ha Gyung tekad hendak membongkar salah guna kuasa Lee...