Skip to main content

Punch : Kembali Bersiaran Pada Masa Yang Tepat?

Selamat meraikan Syawal. Sebut meraikan, hari ini ada yang senyum sampai ke telinga tetapi ada juga yang berduka. Layak atau tidak, sudah bukan kriteria lagi. Soalnya di sini, mampukah membawa perubahan positif? Demi tanah tumpah darahku, tidak lain dan tidak bukan, mesti mahukan yang lebih baik. Walau tahu ketidakwajaran harapan itu kerana terlalu banyak koyak yang perlu perlu ditampung.


Drama Punch yang turut digelar, "slap in the back of the head" kembali bersiaran. Tontonlah. Andai boleh anda melihat cerminan watak dalam lakonan ke pentas hidup sekarang ini. Benar bukan, naik tinggi langit kemudian, jatuh menyembah bumi, perit sekali dan seolah lumrah, apabila sudah di puncak, lupa rumput di bumi. Tidak mahu turun lagi.

Mari sama-sama kita lihat, siapa dia rupa-rupanya, Yoon Ji Sook? Orang yang menegaskan setiap tindak tanduk adalah dengan mengutamakan rakyat. Hidup berpaksikan undang-undang. Salah tetap salah, tetapi sebenarnya terpakai hanya kepada orang lain bukan diri sendiri. Sanggup, termasuk membunuh demi menutup salah laku. Banyak topengnya. Tebal solekannya. Oleh itu, ramai tertipu. 


Siapa dia sesuai dengan, Lee Tae Joon? Bermula dari kosong hingga ke menara tetapi sanggup memijak yang lemah asal maksud tercapai. Guna pakai, janji yang paling menguntungkan, asal menghidupkan peluang. Senang cakap, rahsia engkau aku jaga, jadi rahsia aku, kau mesti simpan kemas-kemas... kalau tidak, Jika rumah saya terbakar, api akan lebih marak lagi, di rumah Puan.


Atau siapa dia selama ini berperanan sebagai, Jo Kang Jae? Bertindak melulu, ketuk tin kosong bertalu-talu. Berasa diri selamat setiap kali berdiri di belakang seekor raksaksa. 


Mungkin masih ada yang berdedikasi seperti Jung Gook Hyun. Saya pendakwaraya, saya tidak mendengar arahan orang politik untuk menjalankan siasatan.


Atau masih ada Pak Turut semborono macam Lee Ho Sung. Seorang jahat, seorang lagi tak berapa jahat. Pilihan di tangan saya tetap sama. Alih-alih dalam usaha menangkap raksaksa, awak telah menjadi raksaksa.


Yang pastinya tidak nampak lagi 'kelibat' Park Jung Hwan.


Dalam politik tiada istilah kawan atau lawan sejati. Hari ini engkau kawan, esok engkau mungkin lawan. Sedang dalam sejarah ramai raja  dikhianati oleh orang-orang kanannya, bukan musuh. Oh, Malaysiaku.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...