Skip to main content

GST : Benarkah Tidak Membebankan?

Saya tidak akan ulas. Harinya telah tiba. 1 April 2015. Hari ini. Bermula hari ini, GST akan dikenakan. Saya masih belek-belek Barang Serbaneka: Senarai Barang Bercukai dan Barang Tidak Bercukai yang saya cetak dari laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Bukan yang terkini pun. 2 Januari 2015. Masih ada perubahan itu dan ini. Namun cuma perubahan yang kecil.


Barang makanan. Mengapa? Ini keperluan asas. Barang-barang makanan mentah seperti beras, ayam, ikan basah, sayur dikecualikan GST. Brang-barang makanan yang diproses dan sejuk beku, kebanyakkannya dikenakan GST. Sos tiram, sos tomato, sos cili, ikan pekasam, ikan sardin, perencah makanan (kiub atau paste), akan dikenakan GST. Akan naikkah harga makanan siap? Jangan cerita pasal harga makanan di restoran atau hotel yang sememangnya akan mengenakan GST tetapi ambil contoh makanan yang dijual di gerai-gerai. Satu yang perlu diingat, bukan semua peniaga layak mengenakan GST ya. Contoh, mee goreng yang dijual mak cik atau kakak atau pak cik dan abang di tepi jalan. Harga lama ke? Mee kuning memang tidak dikenakan GST. Kalau ada bubuh rencah ayam. Daging ayam tidak dikenakan GST. Sayur sawi atau kubis juga tidak dikenakan GST tetapi kicap manis atau masin, sos tomoto, sos tiram dan sos cili, dikenakan GST. Jangan lupa harga makanan ini semua naik, hanya kerana harga gula dinaikkan.

Kuih muih. Harga kuih muih memang mahal. Berkira-kira rasa hendak beli. Rasa tak padan dengan 50 sen yang dikeluarkan, untuk seketul kecil karipap. Harga tepung kebanyakkannya dikenakan GST. Harga biskut raya tahun ini, harga baharu ke? Kebanyakkan barangan untuk membuat kek, biskut, roti dan coklat dikenakan GST. Tepung jagung, tepung kek, serbuk koko, ragi (yeast), gula ising, gula perang, coklat masakan, agar-agar dan banyak lagi, sila semak senarainya. Bagi orang yang suka mencuba-cuba membuat pelbagai jenis kek, biskut dan coklat, saya memang senyum sampai ke telinga. Mungkin patut cuba hobi yang lain pula. Saya tidak aktif berniaga. Berniaga hanya jika ada permintaan tentu kosnya memeritkan. Ops saya sepatutnya tidak membuat ulasan apa-apa pun.


Tambang pengangkutan awam telah diumumkan kenaikkannya sebelum GST bermula. Ubat-ubatan ada yang dikenakan GST, ada yang tidak. Caj konsultasi doktor. Hmmm... daya tahan diri mesti kuat. Susu untuk 36 bulan ke atas, akan dikenakan GST. Saya percaya sekalipun harganya meningkat, untuk kesihatan ianya tetap harus kita beli. Sudah jadi macam iklan jual vitamin pula... hahaha... Semua harga pakaian, kasut serta alat solek akan dikenakan GST. Saya jarang berbelanja untuk itu semua. Namun saya harap saya atau orang-orang lain juga, tidak akan terkesan oleh perubahan harga. Saya masih mengharapkan yang terbaik untuk bahan-bahan bacaan. Memang ada pengumuman bahan-bahan bacaan ada yang tidak dikenakan GST tetapi saya sendiri masih kurang jelas. Sememangnya perkara ini memerlukan pengalaman supaya dapat difahami dengan jelas.

Apabila harga minyak diumumkan naik, harga barangan mendadak naik. Apabila diumumkan harga minyak turun, harga barangan tidak diturunkan. GST diwarwarkan sebelum perlaksanaan, tidak akan membebankan rakyat. Rakyat dikhabarkan akan memperoleh faedah daripada perlaksanaannya. Pengguna khasnya. Harapnya ianya seperti yang dihebahkan dan dikhabarkan sebelumnya. 
Semoga hari ini adalah lebih baik daripada semalam.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...