Skip to main content

TV Hijrah & Law Ka Na Bainana

Pertama-tama sekali sekalung ucapan tahniah buat TV Hijrah yang memuatkan pengisian rancangan yang bagus terutama sekali, Ramadan ini. Antara rancangan yang paling disukai adalah Law Ka Na Bainana, Ihya Ramadan bersama Ustaz Don, Ayat Riwayat dan Al Quran: The New Dawn. Saya juga suka menonton drama Chef. Drama Iran yang bersiaran ulangan pada waktu sahur. Law Ka Na Bainana dan Ihya Ramadan ini ditonton waktu sahur dan sementara menunggu waktu keluar pergi kerja. Ihya Ramadan pun masih boleh ditonton dalam laman sesawang TV Hijrah sendiri. Begitu juga Ayat Riwayat. Cuma minta jasa baik pihak TV Hijrah mengubah waktu siaran dokumentari Al Quran: The Dawn. Selalu dapat tengok sekerat, sekerat. 


Law Ka Na Bainana atau Andainya Dia Ada Bersama Kita. Dia di sini merujuk junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Membuatkannya menarik kerana ada slot kamera tersembunyi, untuk merakamkan reaksi orang awam menjalani kehidupan sehari-hari samaada mengamalkan sunnah atau mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW. Ada macam-macam situasi direka seperti dompet tercicir, apa tindakan orang yang menyedarinya. Paip air sinki dibiarkan terbuka di dalam tandas, memakai tali pinggang kaledar, mengucapkan salam, mengucapkan terima kasih, menepati waktu dan sebagainya. Bagi mereka yang melakukan perkara yang sepatutnya, contoh tolong tutup paip air yang terpasang. Pengacara dan krew kamera akan mengucapkan tahniah kerana mencontohi akhlak Rasulullah SAW, menghadiahkan cenderamata dan t-shit. Paling mengharukan apabila ditanyakan, "Apakah yang ingin anda katakan kepada Rasulullah SAW sekiranya berpeluang berjumpa dengannya selama seminit?". Ada pelbagai jawapan, ada  juga tanpa jawapan tetapi linangan air mata, sebak dan kita yang menontonpun ikut sebak.


 Ada satu situasi iaitu berhampiran masjid, ramai orang datang untuk menunaikan solat sehingga tempat meletakkan kenderaan penuh dan ada yang mengambil jalan mudah dengan meletakkan kenderaan di hadapan kenderaan lain. Apa yang krew rancangan ini buat? Mereka tutup kenderaan ini dengan kain. Apabila pemiliknya sampai, tentulah terpinga-pinga. Pengacara rancangan iaitu Ahmad Al Shugairi akan datang menemubual si pemilik kenderaan dengan baik. Soalan wajib yang akan ditanya adalah, "Seandai Rasulullah ada bersama kita hari ini, adakah baginda akan buat begini? atau apakah yang baginda akan lakukan?" Secara tak langsung kebanyakkannya akan mengakui kesilapan masing-masing. Malah mereka akan dihadiahkan buku tentang Rasulullah SAW serta t-shirt.

Slot ini bukan untuk mengaibkan tetapi membuatkan kita kembali mengamalkan sunah dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW. Ada juga dinyatakan untuk sesuatu situasi berapa ramai yang berjaya melakukan perkara yang betul, semacam survey. Contohnya, lebih ramai yang mengembalikan dompet yang tercicir (5/2). Hanya dua orang sahaja yang tidak mengembalikan semula dompet yang tercicir itu.

Selain itu ada slot temubual dengan tokoh-tokoh Islam dan bukan Islam, ditanyakan pendapat tentang keperibadian Rasulullah SAW, pandangan tentang umat Islam hari ini dan sebagainya. Ada slot sirah nabi dan juga slot temubual dengan mualaf seperti abang Michael Jackson iaitu Jermaine Jackson. Lagu pembukaan rancangan pun menarik minat. Pendek kata, I like!

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...