Skip to main content

Penindasan Berterusan - Ramadan Dinafikan Untuk Uighur

Ramadan masuk hari ke lapan buat umat Islam di sini. Namun bagi masyarakat Islam Uighur di China, hak mereka menjalani ibadah di bulan Ramadan tahun ini, dinafikan kerajaan China. Bayangkan masyarkat Uighur dipaksa menandatangani 'dokumen pengisytiharan' tidak berpuasa, masjid dilarang mengadakan solat tarawih mahupun sebarang aktiviti ibadat lain sepanjang Ramadan. Tokoh agama pula tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti ibadat mahupun menyeru umat Islam berhimpun bagi menjalani ibadat. Sekiranya tidak, lesen untuk berceramah akan ditarik balik. Malahan untuk menunaikan solat di masjid perlu mendaftar dengan menggunakan kad pengenalan. Ya Allah!


Kanak-kanak Islam diberikan makanan tengah hari percuma, pekerja Islam juga disediakan makanan tengah hari percuma. Sekiranya mereka enggan makan, bonus mereka dinafikan dan juga dibuang kerja. Para peniaga makanan dipaksa beroperasi seperti biasa termasuk menjual makanan di wakstu siang. Sesiapa yang didapati melanggar arahan akan ditangkap atas alasan menjalani aktiviti keagamaan yang dilarang. Keadilan jenis apakah ini? Maha suci Allah, besar sungguh dugaan buat mereka.


Umum mengetahui bagaimana layanan kerajaan China terhadap masyarkat Islam minoriti di negara itu sekian lama. Banyak penderitaan yang mereka tanggung sejak sekian lama. Pembunuhan beramai-ramai untuk tujuan penghapusan etnik dan banyak lagi. Sedangkan Xinjiang antara penyumbang terbesar ekonomi negara China. Masyarakat Uighur bukan pendatang. Wilayah Xinjiang milik mereka sejak mula tetapi kini mereka tak ubah seperti melukut di tepi gantang. Terasa sangat sedih. Hiba yang tidak dapat ditahankan.

Sehari sebelum Ramadan, masyakat Uighur sekali lagi berhadapan dengan pertempuran etnik. Kali ini dilaporkan puluhan orang telah terkorban. Kali ini kerajaan China mengheret Pakistan dek kerana tak termampu mengatasi isu di Xinjiang. Salahkah mereka bangkit setelas ditindas bertahun lamanya? Dasar kerajaan China yang zalim membuatkan mereka bangun menuntut keadilan. Sebaliknya etnik Uighur terus dipersalahkan. Tindakan kerajaan China tidak ubah seperti masyarakat di zaman jahiliyah yang sentiasa menindas umat Islam dengan harapan, seksaan akan membuatkan mereka berpaling daripada Allah SWT dan meninggalkan Islam. Dunia tidak melihat Uighur. Tidak merasa sakitnya, peritnya kerana mereka adalah umat Islam. Suara mereka tidak didengar. Mereka mohon perlindungan, sebaliknya mereka diusir. Hanya kerana China kuasa besar. Umat Islam sering dipandang serong, dicaci serta dipersalahkan, namun hakikatnya umat Islam yang selalunya menjadi mangsa penindasan. Mengapa mereka ini sangat takut dengan Islam? Ketakutan apakah sebenarnya yang mereka rasai?


Semoga Yang Maha Esa sentiasa merahmati mereka yang teranaiya. Memberi mereka keteguhan iman dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini. Marilah kita sama-sama mendoakan agar saudara kita di Xinjiang mendapat kesejahteraan dan keadilan. Amin. 

Comments

  1. Shida, aku nak cilok tulisan ko ni letak lam blog ku yek..aku link kan balik! Serious aku taktau pun mende ni happen..ni kena diwar warkan..

    ReplyDelete
  2. thanks Nasha. memang patutpun diwar warkan. masa aku dapat tahu no ramadan for them, aku menangis. rasa marah, sedih. ko tahu aku terbayangkan siapa? aku teringat bilal bin rabah dan kisah2 masa zaman nabi dulu. ingatkan palestine je kena teruk. rupa2nya ini pun teruk juga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...