Skip to main content

Ramadan

Waktu terasa semakin pendek dan cepat. Ramadan sudahpun menghulurkan salam. Salam Ramadan buat semua muslimin dan muslimat sekalian. Tajuk majalah solusi terbaru, hmmm dibaca dari mata terus ke minda dan hati: Andainya ini Ramadan terakhir, layakkah kita berhari raya? Huh!



Sana sini, belum pun lagi Ramadan tiba dan belumpun Syaaban berakhir, iklan sambutan hari raya sudah mengambil ruangan. Rasa kelakar pula. Tak mengapalah kita semuatahu agenda di sebalik semuanya itu. Mari kita raikan Ramadan yang datang. Manalah tahu kan, sememangnya ini Ramadan terakhir buat kita. 

Kongsikan bersama hadith Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, pada penanda buku yang diperolehi dari majalah Solusi terbaru ini. 5 bonus khas Ramadan.

Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Umatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:

Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah

Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka sehinnga mereka berbuka

Bonus 3: Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).

Bonus 4: Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.

Bonus 5: Mereka akan mendapat keampuanan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)." Mengenai bonus kelima in, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda saw: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda saw menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)

Hari ini hari pertama anak sulung saya belajar berpuasa. Sewaktu dikejutkan untuk bersahur, menangis hendak tidur. Kami pujuk. Saya masakkan kesukaannya dan makan disuap oleh ayahnya. Tidak memaksa untuknya menghabiskan puasa pada hari pertamanya ini. Faktor umurnya yang masih sangat mentah tetapi mesti mula melatih diri. Rasanya di sekolah dan taska juga, ramai rakan-rakannya turut mula belajar berpuasa. Semoga dapat inspirasi sesama rakan sebaya. Namun sekiranya dapat disempurnakan puasanya, Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...