Skip to main content

Mengenali Federic Oumar Kanoute

Tersingkirnya pasukan Harimau Malaya dari kelayakkan Piala Dunia 2014 apabila tewas di tangan pasukan singa, timbul pula cerita kurang enak. Akhbar perdana semalam menyiarkan kekecewaan kapten pasukan terhadap isu ini. Biasalah "orang sudah menang". Biasalah "nasib orang kalah". Di mana ya semangat bersukan? Adat permainan, ada kalah dan ada menang?

Akhbar hari ini turut melaporkan, seorang lagi pemain yang terbabit enggan mengambil pusing isu ini yang dianggap remeh. Ketua jurulatih kita pula menyifatkannya sebagai menjatuhkan maruah pemain. Sewaktu ada satu kelab gergasi Eropah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya, dikatakan tersinggung dengan gelagat sebilangan kecil penonton kita. Kita mengambil pendekatan berdamai dan memohon maaf. Sementelah, apa yang dilakukan itu tidak mewakili keseluruhan orang kita.

Jadi harapnya, kita mengambil keberkatan di bulan mulia ini dengan berbaik-baik sesama kita. Bermaafan. Lagipun kita akan berjumpa lagi untuk Sukan SEA dan kelayakkan Sukan Asia serta lain-lain perlawanan. Betul tak Encik Kapten? Mana tahu pada waktu yang akan datang itu, kita pula di pihak yang menang. Barangkali juga dengan menggunakan aksi yang sama. Bola itu kan bulat dan dalam perlawanan bola sepak selagi pengadil belum meniup wisel perlawanan tamat, apa sahaja boleh berlaku.


Sebelumnya, ada lagi kisah yang lebih menyedihkan melibatkan pemain terbaik Harimau Malaya ketika pasukan negara seri 1-1 menentang pasukan singa. Sehingga hari ini, masih lagi menjadi bahan berita di akhbar tabloid yang meminta pandangan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung isu ini. Semoga rahmat daripada bulan mulia ini akan merungkaikan segala kekusutan dan memberi keberkatan buat semua. Amin.


Cukup dengan arena bola sepak tempatan. Apa kata kita berkenalan dengan pemain ini. Bagi peminat bola sepak tentulah nama Frederic Oumar Kanoute tidak asing lagi. Kanoute bermain untuk Kelab Sevilla di posisi penyerang.



Apa yang menarik tentang Frederic Oumar Kanoute? Frederic yang lahir pada 2 September 1977 di Perancis ini pernah dianugerahkan sebagai African Footballer of the Year pada 2 Februari 2008. Apa yang lebih menarik lagi, pemain bola sepak ini seorang Muslim dan menunjukkan contoh akhlak seorang Muslim yang baik. Alhamdulillah.

Kanoute dilihat sering menunaikan solat di bilik persalinan, sebelum atau sesudah perlawanan berlangsung. Belaiu juga tetap berpuasa sekalipun menghadapi perlawanan. Kanoute telah membeli sebuah masjid berharga lebih AS$700,000 ( kira-kira RM 2.3 juta ) iaitu kira-kira setahun gaji beliau. Masjid yang terletak di kota Seville, Sepanyol terselamat daripada hampir dilelong setelah kontrak untuk menggunakan premis itu telah tamat.

Sedang menunaikan solat


Menadah tangan memanjatkan syukur.


Kanoute memakai jersi nombor 12, melakukan sujud syukur di padang.


Kanoute turut menyuarakan sokongannya kepada Palestin secara terbuka pada 7 Januari 2009, setelah menjaringkan gol. Akibatnya beliau telah dikenakan kad kuning dan didenda 4000 euro oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol atas alasan memainkan sentimen politik. Ayah kepada tiga orang ini tidak merasa kesal atas tindakannya itu sebaliknya merasakan itu adalah tanggung jawabnya.

Pemilik nama Federic Oumar Kanoute ini telah memeluk agama Islam ketika berusia 20 tahun dan mengahwini wanita dari negara asal ayahnya iaitu Mali. Justeru tidak hairan, mengapa beliau bersedia untuk menyarung jersi kebangsaan Mali. Beliau juga pernah mencetuskan protes apabila enggan menyarung jersi pasukan kelabnya yang ditaja oleh 888.com. Ini kerana syarikat tersebut adalah syarikat perjudian dan sudah tentu bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Federic Oumar Kanoute telah mengumumkan persaraannya di dalam laman web rasmi http://www.kanoute.com/ pada 20 Januari 2010. Melalui laman webnya juga, beliau turut mengumumkan tentang projek membantu anak-anak di Mali dengan membina dan menempatkan rumah bagi anak-anak yatim yang dikenali sebagai projek "Sakina Children's Village". Projek yang turut sama dibiayai Kanoute Foundation ini menempatkan sekurang-kurangnya 99 orang anak-anak yatim dan terbiar di sana.

Semoga Allah SWT merahmati beliau atas segala usahanya dalam memperjuangkan agama dan nasib umat Islam. Amin. 

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...