Skip to main content

Salam Aidilfitri

Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Terasa cepat sangat masa berlalu. Mungkin ada yang sudah mula bercuti. Bagi yang memandu, pandu dengan cermat. Ingat yang tersayang. Hati-hati di jalan raya. Dalam pada kita semua bergembira, ingat-ingat juga pada saudara-saudara seagama dengan kita yang tidak segembira kita di sini. Saudara kita di Palestin, Xinjiang, Selatan Thai, Kashmir, Somalia, di negara-negara Timur Tengah  dan Afrika yang sedang bergolak dan lain-lain. Semoga rahmat Allah SWT sentiasa bersama mereka. Amin.

Hari raya lebih terasa meriahnya pada anak-anak. Saya cuba juga membuat beberapa jenis kuih supaya mereka sendiri merasai zaman kanak-kanak saya takkala emak membuat sendiri kuih raya kami. Alhamdulillah, anak sulung saya setakat ini berjaya berpuasa untuk dua hari. Dalam umurnya semuda itu, saya rasa terharu. Bersungguh terutama untuk bangun sahur, padahal kebiasaannya tidak berselera pun untuk makan. Hari pertama Ramadan, pukul 6:30 petang tepat berbuka dengan air masak kerana  dahaga yang tidak tertahan. Sayang memang sayang tapi apabila memikirkan ini kali pertama, belajar berpuasa dan umurnya yang masih sangat muda, ini satu kejayaan untuknya. Alhamdulillah. 

Kami tidak pernah janjikan sebarang ganjaran. Saya juga tidak diasuh begitu sewaktu kecil. Kesempatan ini juga, kalungan tahniah dan terima kasih untuk Les Copaque kerana siri belajar berpuasa kartun Upin & Ipin yang banyak mempengaruhi anak saya.


Walaupun berpuasa, tetapi lasaknya ya ampun. Gambar ini dipotretkan ketika si comel dua beradik ini mencuba baju raya mereka yang dijahit emak. Keesokkan harinya, si kakak main gunting dan telah mengunting rambut si adik dengan gaya bebas. Alahai. Belek punya belek, rupanya rambut si kakak pun cabik-cabik juga. Geram, geram, geram. Kesudahannya si adik terpaksa beraya dengan kepala botak! Anak-anak.

Cukuplah dengan cerita anak-anak. Kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan mohon maaf zahir dan batin pada semua muslimin dan muslimat di mana sahaja anda berada.  Mungkin entri terakhir sebelum menyambut hari raya. Mungkin. 

Istimewa buat pembaca blog Sejuta Warna Pelangi, noredayu ghani, Saiful Basari, nurul liyana, Nur Intan Syafieka Elyana Shadia, ariani putra, abu idris, nik ayunnie, Adnazthie, Umi Zue dan tidak dilupakan sahabat-sahabat sejak dari bangku persekolahan iaitu iron lady (Roni Ibrahim) dan my journey (Juniza Jubri), jujurnya saya sangat berterima kasih kerana anda sudi membaca dan mengikuti blog kecil ini. Seandainya ada tutur bahasa saya yang kurang manis dan tidak disenangi, harap dimaafkan.  Maaf juga kerana saya tidak kerap menyajikan entri-entri baru. Sesungguhnya yang baik itu hanya daripada Allah SWT. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...