Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Salam Aidilfitri

Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Terasa cepat sangat masa berlalu. Mungkin ada yang sudah mula bercuti. Bagi yang memandu, pandu dengan cermat. Ingat yang tersayang. Hati-hati di jalan raya. Dalam pada kita semua bergembira, ingat-ingat juga pada saudara-saudara seagama dengan kita yang tidak segembira kita di sini. Saudara kita di Palestin, Xinjiang, Selatan Thai, Kashmir, Somalia, di negara-negara Timur Tengah  dan Afrika yang sedang bergolak dan lain-lain. Semoga rahmat Allah SWT sentiasa bersama mereka. Amin. Hari raya lebih terasa meriahnya pada anak-anak. Saya cuba juga membuat beberapa jenis kuih supaya mereka sendiri merasai zaman kanak-kanak saya takkala emak membuat sendiri kuih raya kami. Alhamdulillah, anak sulung saya setakat ini berjaya berpuasa untuk dua hari. Dalam umurnya semuda itu, saya rasa terharu. Bersungguh terutama untuk bangun sahur, padahal kebiasaannya tidak berselera pun untuk makan. Hari pertama Ramadan, pukul 6:30 petang tepat berbuka dengan air...

TV Hijrah & Law Ka Na Bainana

Pertama-tama sekali sekalung ucapan tahniah buat TV Hijrah yang memuatkan pengisian rancangan yang bagus terutama sekali, Ramadan ini. Antara rancangan yang paling disukai adalah Law Ka Na Bainana, Ihya Ramadan bersama Ustaz Don, Ayat Riwayat dan Al Quran: The New Dawn. Saya juga suka menonton drama Chef. Drama Iran yang bersiaran ulangan pada waktu sahur. Law Ka Na Bainana dan Ihya Ramadan ini ditonton waktu sahur dan sementara menunggu waktu keluar pergi kerja. Ihya Ramadan pun masih boleh ditonton dalam laman sesawang TV Hijrah sendiri. Begitu juga Ayat Riwayat. Cuma minta jasa baik pihak TV Hijrah mengubah waktu siaran dokumentari Al Quran: The Dawn. Selalu dapat tengok sekerat, sekerat.  Law Ka Na Bainana atau Andainya Dia Ada Bersama Kita. Dia di sini merujuk junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Membuatkannya menarik kerana ada slot kamera tersembunyi, untuk merakamkan reaksi orang awam menjalani kehidupan sehari-hari samaada mengamalkan sunnah atau mencontohi akhlak Na...

Di uji Lagi - Gempa Bumi di Kashgar

Lagi ujian buat umat Islam Uighur di Kashgar atau juga dikenali dengan Kashi, Xinjiang. Kali ini dengan ujian bencana alam iaitu gempa bumi, lewat petang semalam. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan media. Semoga umat Islam Uighur dirahmati Allah sentiasa. Semoga mereka tetap kuat berpegang pada ajaran Islam dan tabah melalui semua ujian yang datang. Amin.    Moderate earthquake destroys homes, injures dozens in northwest China 11 August 2011( http://channel6newsonline.com/ ) KASHI, CHINA (BNO NEWS) -- A moderate earthquake struck northwestern China on early Thursday evening, seismologists and government officials said, destroying scores of homes and injuring more than two dozen people . The 5.8-magnitude earthquake at 6.06 p.m. local time (1006 GMT) was centered about 103 kilometers (64 miles) east-northeast of Kashi, a city in the Xinjiang Uygur Autonomous Region of China. It struck about 8 kilometers (4.9 miles) deep, making it a shallow earthquak...

Ketabahan Hairuman

Semangatnya tinggi. Tabah menerima ujian Allah. Sesungguhnya Allah memberkati beliau. Mempunyai keluarga yang sangat baik dan sayangkan beliau. Rasa gembira, beliau redha dan sangat positif. Alhamdulillah. SLIM RIVER: Biarpun dugaan dihadapinya maha hebat apabila kedua-dua tangan dan kaki kiri dipotong akibat terkena renjatan elektrik November tahun lalu, Muhamad Hairuman Miskon ternyata anak muda berjiwa kental apabila tetap berkeyakinan tinggi untuk meneruskan kehidupannya. “ Saya tidak menganggap dunia sudah berakhir, sebaliknya berasa diri bertuah kerana masih ‘dipinjamkan’ Allah sebelah kaki lagi untuk meneruskan kehidupan . “ Saya juga tidak rasa bernasib malang kerana sedar ramai lagi insan di dunia ini nasib mereka lebih malang ,” katanya. Mengimbas tragedi yang menimpanya, anak muda berusia 23 tahun itu terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika mengambil upah mengait kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjung Karang, Selangor untuk mencari wang bagi membiayai per...

Lagi Tentang Uighur, Tentang Xinjiang

Bukalah mata, lihatlah penderitaan, ketakutan dan kemarahan masyarakat Islam Uighur. Dengarkanlah tangisan mereka. Bantulah mereka. Mereka adalah saudara kita. Saudara seagama dengan kita. Sejak China menguasai Turkestan Timur dan menukar namanya kepada Xinjiang yang bermaksud tanah yang ditawan. Pelbagai kekejaman telah dilakukan oleh regim komunis itu. Harun Yahya banyak menulis tentang Turkestan Timur dan masyarakat Islam Uighur dan tulisan beliau boleh didapati secara percuma menerusi laman webnya. Entri ini khusus buat masyarakat Islam Uighur, cuba mengimbau apa yang telah dan sedang mereka tempuh. Mungkin juga entri terpanjang yang pernah ada di dalam blog ini. Ketika pertumpahan darah 2009 memang banyak kisah Uighur diperkatakan. Namun selepas itu semacam hilang ditelan masa. Rasanya memang ramai yang tidak menyedari kezaliman itu berterusan merantai kehidupan umat Islam di sana. ********** China's Uighurs struggle to retain their identity December 15, 2006 By Jehangir S. P...

Nantikanlah, Tikar dan Selimut Untukmu

Firman Allah SWT dalam surah Al A'raaf (tempat tertinggi) yang bermaksud: [7:41] Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka) {542}. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim , [7:42] dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni surga; mereka kekal di dalamnya .     Janji Allah itu benar. Tidak ada lagi kata-kata. Hanya yang ada, doa dan air mata.

Penindasan Berterusan - Ramadan Dinafikan Untuk Uighur

Ramadan masuk hari ke lapan buat umat Islam di sini. Namun bagi masyarakat Islam Uighur di China, hak mereka menjalani ibadah di bulan Ramadan tahun ini, dinafikan kerajaan China. Bayangkan masyarkat Uighur dipaksa menandatangani 'dokumen pengisytiharan' tidak berpuasa, masjid dilarang mengadakan solat tarawih mahupun sebarang aktiviti ibadat lain sepanjang Ramadan. Tokoh agama pula tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti ibadat mahupun menyeru umat Islam berhimpun bagi menjalani ibadat. Sekiranya tidak, lesen untuk berceramah akan ditarik balik. Malahan untuk menunaikan solat di masjid perlu mendaftar dengan menggunakan kad pengenalan. Ya Allah! Kanak-kanak Islam diberikan makanan tengah hari percuma, pekerja Islam juga disediakan makanan tengah hari percuma. Sekiranya mereka enggan makan, bonus mereka dinafikan dan juga dibuang kerja. Para peniaga makanan dipaksa beroperasi seperti biasa termasuk menjual makanan di wakstu siang. Sesiapa yang didapati melanggar arahan...

Mengenali Federic Oumar Kanoute

Tersingkirnya pasukan Harimau Malaya dari kelayakkan Piala Dunia 2014 apabila tewas di tangan pasukan singa, timbul pula cerita kurang enak. Akhbar perdana semalam menyiarkan kekecewaan kapten pasukan terhadap isu ini. Biasalah " orang sudah menang ". Biasalah " nasib orang kalah ". Di mana ya semangat bersukan? Adat permainan, ada kalah dan ada menang? Akhbar hari ini turut melaporkan, seorang lagi pemain yang terbabit enggan mengambil pusing isu ini yang dianggap remeh. Ketua jurulatih kita pula menyifatkannya sebagai menjatuhkan maruah pemain. Sewaktu ada satu kelab gergasi Eropah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya, dikatakan tersinggung dengan gelagat sebilangan kecil penonton kita. Kita mengambil pendekatan berdamai dan memohon maaf. Sementelah, apa yang dilakukan itu tidak mewakili keseluruhan orang kita. Jadi harapnya, kita mengambil keberkatan di bulan mulia ini dengan berbaik-baik sesama kita. Bermaafan. Lagipun kita akan berjumpa...

Ramadan

Waktu terasa semakin pendek dan cepat. Ramadan sudahpun menghulurkan salam. Salam Ramadan buat semua muslimin dan muslimat sekalian. Tajuk majalah solusi terbaru, hmmm dibaca dari mata terus ke minda dan hati: Andainya ini Ramadan terakhir, layakkah kita berhari raya? Huh! Sana sini, belum pun lagi Ramadan tiba dan belumpun Syaaban berakhir, iklan sambutan hari raya sudah mengambil ruangan. Rasa kelakar pula. Tak mengapalah kita semuatahu agenda di sebalik semuanya itu. Mari kita raikan Ramadan yang datang. Manalah tahu kan, sememangnya ini Ramadan terakhir buat kita.  Kongsikan bersama hadith Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, pada penanda buku yang diperolehi dari majalah Solusi terbaru ini. 5 bonus khas Ramadan . Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Umatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu: Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa ...