Skip to main content

Iklan Buku

Petang semalam tiba-tiba rasa mengantuk yang teramat. Pendingin hawa yang sememangnya sedia sejuk membuai lagi rasa itu. Kebetulan pula hujan di luar. Sejuk memang sedap untuk tidur. Cuba bersenda dengan Zalipah, mengutarakan soalan, mampukah Milo mengusir rasa kantuk yang tak tertahan ini. Sudah tentu menolak kopi walaupun itu agen yang baik. Kurang gemar mencicip kopi. Katanya, mengulang kerja sama tentu saja menerbitkan kantuk selain bosan. Perlu kerjakan sesuatu yang berbeza. Hentikan apa yang sedang dikerjakan, cari yang lain. Gelak tawa tidak juga mampu mengusir kantuk.

Ketika itu juga tiba-tiba penawarnya datang. Tahu apa dia? Yang ditunggu-tunggu telah tiba!


Terus segar bugar rasanya. Bau buku baru!


Sebetulnya mencari buku ini. Dalam katalog atas taliannya, buku ini boleh dipesan menerusi pembekal. Cuma mengambil proses masa yang agak lama, untuk mendapatkannya. Tidak menjadi satu bebanan. Masih boleh menunggu. Namun kemudiannya, dimaklumkan buku ini tidak diterbitkan lagi. Wah! ini baru dikatakan, masuk angin keluar asap. Oleh kerana bayaran telah dibuat, jalan lain adalah menggantikan dengan beberapa tajuk buku lain untuk mengisi ruang ketiadaannya.


Membaca ulasan buku ini di Google, kandungannya agak menarik. Mudah difahami. Ramai orang menjauhi pesakit epilepsi. Bimbang pada jangkitan? Entah. Pandangan sinis rasanya, lumrah. Ada yang sedikit keterlaluan melabelkan, gila. Tidak dinafikan ada rasa jengkel dengan sesetengah orang yang suka menggunakan perkataan, sawan atau gila babi takkala bergurau. Sekalipun orang yang dirujuk itu tidak pernah mengalami sawan. Sekiranya pernah atau memang mempunyai epilepsi, tentu sedikit sebanyak mengguris luka. Kurang pendedahan, cetek pengetahuan, kerana itu barangkali banyak salah faham dan anggapan apabila berhadapan dengan pesakit ini.

Mengapa sibuk-sibuk hendak membeli? Mengapa tidak pinjam sahaja dari perpustakaan? Betul, mengapa perlu buang-buang wang membeli buku-buku, sedangkan negara kita ada banyak perpustakaan. Sudah membuat pencarian di dalam katalog atas talian Perpustakaan Negara, tajuk ini memang tiada dalam koleksi perpustakaan. Barangkali ada dalam koleksi perpustakaan akademi. Mungkin ada dalam koleksi perpustakaan perubatan.

Sayangnya perpustakaan di negara kita, sistemnya masih berbeza dari negara seperti di Hong Kong, China. Mengambil contoh perpustakaan di Hong Kong, sekiranya anda adalah pelajar di salah sebuah universiti di sana, anda boleh meminjam di mana-mana perpustakaan di Hong Kong tanpa perlu membuat pendaftaran keahlian lain. Pendaftaran keahlian hanya sekali sahaja. Sekiranya anda merupakan bekas pelajar, anda masih boleh menggunakan perpustakaan di universiti tempat anda pernah belajar dengan segala kemudahan dan perkhidmatannya. Tiada sekatan. Tiada had. Jadi tidak ada yang hendak dihairankan melihat kepadatan pengunjungnya. Malah keahlian perpustakaan awam bermula dari usia seawal sehari! Tiada had umur.

Masih mencari jalan untuk mendapatkannya atau perlu diiklan begini: buku ini diperlukan, sila hubungi...

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...