Skip to main content

Memerisai Diri Daripada Serangan Amarah

Petanda kemarahan orang terhadap kita menunjukkan ada kemungkinan, kita telah melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh si pemarah. Tidak ada orang yang suka dimarahi. Membangkitkan kemarahan orang tidak disukai oleh sesiapa. Allah SWT juga tidak menyukainya. Namun ada ketikanya, ini tidak dapat dielakkan untuk terjadi. Ada ketika terjadi tanpa disengajakan. Berlaku perselisihan pendapat atau idea juga boleh membangkitkan kemarahan. Sekali lagi dengan mengambil maklumat daripada majalah solusi, sama-sama kita bina perisai menghadapi serangan kemarahan.

Tuan Ahmad Fadzli menyenaraikan beberapa langkah untuk kita memerisai diri. Antaranya:

1.Marah itu API, jangan dicurahkan minyak tanah ke atasnya. Menerima kemarahannya terhadap kita menandakan kita telah menang. Sebagai orang yang telah menang, kita seharusnya diam dan tenang.

2. Orang yang marah ini, ada diantaranya mempunyai kebimbangan sekiranya suaranya tidak "didengari". Jadi biarkan dia meluahkan kemarahannya itu. Beritahu dia ada banyak masa meluahkan lahar kemarahannya itu.

3. Kita adalah orang menang (ingat menerima kemarahannya sahaja sudah dikira markah kemenangan buat kita). Oleh itu tidak perlu berdebat dengannya. Perkara yang menimbulkan kemarahan itu sangat penting, biarkan dia meluahkannya.

4. Dia sedang berusaha untuk menang! Walaubagaimanapun kita pastikan "pentas" harus sama rata. Kawal suasana "pertarungan". Duduk jika dia duduk. Berdiri jika dia berdiri.

5.Dengar dengan teliti dan kenal pasti masalahnya sebenarnya.

6. Mengambil alih peranan pakar kaunseling? Itulah saranan Tuan Ahmad Fadzli. Kenal pasti permasalahan pokok, fokus tindakan penyelesaian dan isu secara spesifik. (Amboi, kena mendalami ilmu kaunseling nampak gayanya). 

7. Tenangkannya jika dapat.

8. Simpan rasa ego di dalam diri ketika menghadapi kemarahannya (ingat sekali lagi, kita telah menang sedari awal ketika menerima kemarahannya).

9. Memaafkan, dendam tidak akan menyelesaikan masalah.

10. Kita hendak menyelesaikan masalah, jika tidak berjaya tidak salah untuk berundur. Berundur bukan bererti kita kalah ataupun penakut. Tambahan pula jika akan memudaratkan diri kita. Kita perlu pertahankan diri kita. Ini strategi dan lambang kedewasaan.

Semoga Allah SWT menjadikan diri kita lebih baik daripada yang sebelumnya.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...