Skip to main content

Memupuk Keindahan

Sabar. Sabarlah. Banyakkan bersabar. Besar makna sabar itu. Sangat besar. Sekiranya tidak, tidak Allah sebutkan tentang sabar lebih daripada 90 tempat di dalam Al-Quran.

Apa itu sabar?

Sabar dari segi bahasa ertinya menahan atau mengekang. Sabar dari segi praktik pula bermaksud, menahan atau mengekang diri daripada rasa keluh kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai.

Sabar adalah tuntutan syari'atullah (hukum yang ditetapkan oleh Allah untuk dipatuhi manusia). Ia adalah satu sunnatullah (hukum yang ditetapkan Allah untuk mengatur seluruh alam dan kehidupan). Sesiapa yang tidak sabar telah melanggar hukum syari'atullah dan sunnatullah. Sabar adalah syarat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Sabar tidak hanya dalam menghadapi musibah. Sebaliknya sabar juga diperlukan dalam menunaikan perintah Allah dan sabar dalam meninggalkan larangan Allah. Sesungguhnya sabar itu indah. Mari kita pupuk keindahan itu di dalam jiwa dan diri.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah"(Surah al-Taghabun 64:11)

Ketua Editor Solusi Tuan Pahrol Mohamad Juoi mengariskan beberapa langkah praktis memupuk sabar.

1. Bertahan ketika menghadapi hentaman pertama daripada suatu masalah
Hentaman pertama ini paling sukar kerana ia menyerang emosi. Kebiasaannya manusia terpujuk oleh masa. Tempoh yang merawat kesedihan. Manusia selalunya cenderung untuk menjadi terlalu emosi. Perasaan menguasi diri. Ada rasa sedih, marah, kecewa dan sebagainya. (Sangat sukar untuk bersabar. Inilah yang perlu diubah). Seharusnya fikiran cepat-cepat dibawa mengingati Allah sambil mengucapkan kalimah istirja' sebaik dihentam musibah. Bisikkan dalam diri, "Aku hamba Allah, aku layak dan patut diuji!". Fikirkan setiap musibah yang melanda pasti mempunyai maksud baik daripada Allah.

2. Segera mengingati Allah dan mohon keampunanNya
Sebaik-baiknya mendirikan solat dan memohon keampunan daripada Allah. Sedangkan Rasulullah saw melakukannya walaupun pasti baginda tidak mempunyai sebarang dosa, inikan pula kita manusia. Jangan sekali menaruh prasangka buruk terhadap manusia apatah lagi Allah atas musibah itu. (Sungguh sabar itu sukar dipraktikkan. Inilah yang perlu dipraktikkan).

3. Tidak tergesa-gesa menampakkan musibah itu kepada orang lain
Allah yang pertama sebelum semua yang lainnya. Dahulukan Allah. Merintih kepada Allah. Mengadu kepada Allah. Meminta pengharapan Allah. Sandarkan kepada Allah. Kemudian sekiranya perlu barulah orang terdekat, kepercayaan kita.

4. Cari punca masalah, sediakan alternatif penyelesaian dan bertindaklah menyelesaikannya
Sabar bukan tiket untuk dieksploitasi dan dimanupulasi. Kita perlu belajar dan mengambil iktibar daripada sesuatu musibah bagi mengelakkan terjerumus untuk kali ke dua. Cari punca sesuatu musibah yang berlaku, rangka alternatif-alternatif yang boleh menyelesaikannya, pilih alternatif terbaik dan laksanakannya.


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Tidak ada seorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan dan memberi mereka rezeki." (Riwayat Ahmad daripada Abu Musa al-Ash'ari)

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...