Adam - Cinta Katrina Air mata bergenang di tubir mata saya. Sehabis Katrina meluahkan isi hatinya pada Adam, pipi saya sudah basah. Sungguh simpati saya, melimpah ruah untuknya. Sepanjang saya mengikuti drama bersiri Nur Kasih , ini kali pertama hati saya sangat tersentuh. Sangat-sangat. Saat semua watak; Adam, Nabila, Aidil, Mak Jah dan Aliya menuturkan, “Kasihan Nur.” Hati saya lebih belas dengan Katrina. Mengenangkan pengorbanan cinta Katrina. Mengenangkan nasib cinta Katrina. Demi cinta Katrina berikan dorongan untuk Adam pulang. Meskipun sepemergian Adam tanpa berita, demi cinta Katrina menunggu dengan setia. Kemuncak cinta Katrina dan Adam bersatu. Demi cinta Katrina putus hubungan anak dan bapa. Demi cinta Katrina korbankan cita-cita. Cahaya mata yang diharapkan mengikat cinta dijemput Penciptanya. Ujian cinta Katrina, keupayaan memperoleh zuriat lagi sudah tiada dek kerana bencana. Bencana yang diundang Adam. Adam mabuk ketika memandu. Demi cinta Katrina tetap terima Adam b...