Skip to main content

Wakaf Ilmu

Dalam satu kuliah zohor, Ustaz Ahmad Husni ada berkata, sekiranya kita mampu dan berkebolehan sedekahkanlah ilmu yang kita ada. Sebagai contoh, beri kelas tambahan kepada anak-anak yang yatim piatu. Sekiranya kita tidak mampu untuk mengajar, belikan buku-buku. Semoga ilmu yang diperolehi daripada buku-buku tadi akan memberi manafaat kepada umat sejagat. Wakaf ilmu, katanya.

Apa yang dikatakan Ustaz itu mengingatkan tentang laman web popular iaitu Myresipi. Memang perlu berterima kasih pada pengasasnya, Dr Bakhtiar Affendi Rosdi dan isterinya yang lebih dikenali dengan nama, Yani. Banyak yang saya pelajari menerusi resipi-resipi yang disumbangkan di situ, terutama daripada Yani sendiri. Jus epal yougurt, watermelon smoothie, lapis roti berdaging (umi-e), kek coklat tanpa mentega (fendi75), puding jagung (F&N) dan ada beberapa resipi lain lagi yang turut saya cuba. Juga ada diantara penyumbang resipi Myresipi turut mempunyai blog seperti Ina dan majalah Jelita bulan April ini ada menyelitkan sajian daripada Ina. Ina bukan sahaja sanggup berkongsi ilmu masakannya tetapi juga tidak lokek menjawab permasalahan penyediaan masakan itu. Sungguhpun saya ini tidak pernah dikenali beliau. Sempat lagi kalau hendak dapatkan Jelita April ini. Pergilah ke Pesta Buku. 


Bercakap pasal majalah, hendak mengadu : majalah kegemaran saya hilang. Bukan isu terbaru. Ada beberapa halaman yang masih belum sempat saya baca. Sebelum ini saya pinjamkannya pada seorang kawan. Saya bawa bersama majalah ini ketika menemani anak menjalani ujian di hospital. Hajat hati hendak membaca sementara menunggu ujian selesai dijalankan. Apakan daya dek kelalaian saya sendiri, majalah itu tercicir ketika sibuk menguruskan anak. Rupanya ujian sama yang dijalani setahun lalu, sedikit berbeza pendekatannya tahun ini.  Tumpuan sepenuhnya mesti saya berikan ketika ujian dijalankan. Barangkali kekalutan itu menyebabkan saya lalai menjaga majalah ini. Ralat juga rasanya. Harga majalah ini juga bukan murah. Namun itu bukan soal pokoknya. Isi kandungan majalah itu sangat baik buat saya menyebabkan rasa sebal, marahkan diri sendiri kerana lalai. Besar harapan saya sekiranya orang yang menemui majalah ini memanafaatkan ianya sebaik-baiknya. Janganlah ditong sampahkan ia. Sayang benar rasanya.


Saya pergi ke Pesta Buku pada hari pertama dan terus memborong majalah ini. Kebetulan ada beberapa isu yang belum saya miliki turut dijual. Memang rezeki. Terus juga, saya langgan untuk tempoh setahun. Alhamdulillah dapat 20% diskaun. Pesta Buku bermakna duit melayang. Apa nak dikata lagi, saya memang lebih banyak menghabiskan duit membeli buku daripada alat mekap atau baju mahupun beg tangan dan kasut.

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...