Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Nasib Rakyat? Yang Tak Berkuasa & Upaya

Mesti biasa dengarkan, nasib mentimun. Nasib mentimun apabila berlawan dengan durian. Tergolek, luka. Digolek pun luka.  Kita, rakyat begitukah? Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.  Pelanduk itulah lambang orang lemah, tak punya upaya dan kuasa. Pelanduk itu juga ibarat mentimun.  Perbalahan dua kuasa besar, akhirnya nyawa yang tak berdosa menjadi mangsa. Sejarah sudah mencoretkan cerita duka namun hati tetap bergetar. Pelupuk mata tetap basah. Perbalahan yang memutuskan ikatan kekeluargaan, kekasih dan persahabatan. Kejam bukan?! Sambong Jung Do Jeon dengan caranya. Putera Jeongan Lee Bang Won dengan caranya. Padahal matlamat mereka sama. Impian mereka sama. Kaedah sahaja yang berbeza. Pendirian masing-masing. Ego tak berpenghujung. Saling menegakkan benang yang basah. Tiada istilah beralah. Tidak ada pertimbangan. Benarkah itu sahaja pilihan untuk terus hidup? Atau itulah besarnya pengaruh sesuatu kedudukan dan k