Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Wandeuki @ Punch : Sempena Meraikan Hari Ibu dan Hari Guru : )

MEI - Minggu awal bulan Mei, sambutan Hari Ibu . 16 Mei pula sambutan Hari Guru . Sempena Mei, sambutan untuk orang-orang hebat, mari kita tonton filem Wandeuki atau Punch . Filem yang diangkat dari novel karya Kim Ryeo Ryeong berjudul Wandeuk yang diterbitkan pada tahun 2008. Cerita tentang Wandeuk seorang remaja pendiam, gemar menyendiri dek kerana terbelenggu oleh aura negetif yang melingkari hidupnya iaitu kemiskinan dan kecacatan serta pandangan dan penerimaan masyarakat sekitar. Wandeuk tidak menyimpan apa-apa impian. Aura negetif ini menjadikannya, culas dalam belajar. Ayah Wandeuk, Encik Doh tergolong dalam kategori kurang upaya kerana fizikalnya yang bongkok. Saiznya separuh daripada Wandeuk sendiri. Pun begitu, Wandeuk mengagumi kebolehan menari, ayahnya. Ayahnya menari dengan mengenakan solekan badut bersama dengan seorang rakan yang juga tergolong daripada orang kurang upaya. Mereka mengangkatnya, Min Goo sebagai saudara. Kehidupan mereka yang miskin bertamba