Skip to main content

MIHAS 2011

Kenapa buat di KLCC? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Seperti yang dijangkakan memang sangat meletihkan. Namanya pun MIHAS, sudah tentu besar, luas dan penyertaan yang ramai.

Mari kita lihat apa yang saya dapat semalam di MIHAS. Taaadaaa...


Ini gambar sisi coklat yang dipamerkan di booth Fidani. Sedap juga rasa coklatnya. Mula-mula saya bercadang hendak beli. Booth Fidani ini terletak di antara hall yang awal. Ronda-ronda dulu. Cuci-cuci mata dulu. Rasa-rasa dulu. Buat kerja sebagaimana yang sepatutnya dibuat dulu. Kemudian baru patah balik dan beli coklat. Apabila sudah meronda, rasanya sudah tak mampu lagi berpatah balik. Penat! Melepek. Jauh pula kena berjalan. Mona letak kereta jauh. Kena berjalan ke KL Sentral. Naik LRT Putra untuk ke KLCC. Kemudian berjalan lagi untuk ke tapak pameran. Belum campur berjalan di dalam tapak pameran yang luas dan besar. Bawa pula bahan-bahan penerbitan. Campur dengan hadiah daripada syarikat yang bermurah hati, terima kasih daun keladi. Memang letih.


Cantikkan? Ini coklat juga. Gambar itu semua boleh dimakan kerana ianya coklat.  Gambar ini dicemari oleh beg yang interframe. Siapakah empunya beg? Ramai orang yang kerumun booth ini. Booth pula kecil, comel aje. Syarikat ini cuma sewa satu booth sebab itu comel. Tak dapat ambil gambar cantik sikit. Malu juga, orang perhatikan saya sibuk hendak ambil gambar.


Ini pula gambar moulds coklat. Bermacam bentuk ada. Cantik. Moulds di World Chocolate ini langsung tidak serupa dengan yang dijual di kedai-kedai barangan bakeri yang pernah saya kunjungi. World Chocolate juga ada mengadakan kelas membuat coklat. Academy of Pastry Arts Malaysia. Harga pun cantik-cantik belaka. Tertelan air liur. Al maklum tenaga pengajar dari luar negara. Katanya semua yang pakar-pakar. Menang anugerah pelbagai.

Semua gambar coklat. Jangan marah. Buat masa ini hanya coklat di hati hahaha... Ada banyak lagi booth coklat tapi saya sudah malas disebabkan terlalu letih. Lain kali buat pameran MIHAS di MATRADE sahaja ya. Letih, letih, letih. Sampai hari ini masih lagi terasa letih. Kena tukar tajuk. Bukan MIHAS tapi LETIH! Asyik merungut aje. Tak baik tau. Ingat yang baik-baik, jangan ingat yang buruk-buruk. Pergi bertaubat cepat. Hahaha...

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Pertarungan Atlet Muay Thai Malaysia di ONE Championship & RWS

Lima orang atlet Malaysia akan bertarung pada hujung minggu ini di Thailand. Semoga bendera Malaysia, bakal berkibar megah. Selamat maju jaya Johan Jojo Ghazali, Wan Muhammad Sabri Wan Zuki, Adam Rakib, Elias Ghazali dan Mikhail Miki Ghazali. Jojo, Adam dan Sabri akan bertarung pada 6 Februari 2026 di Stadium Lumpinee, Bangkok. Alif Rakib akan masuk gelanggang menentang Prajanchai bagi merebut tali pinggang kejuaraan. Semua mengharapkan ayam tambatan Malaysia mampu mengulang sejarah, menang bergaya. Semoga semua atlet negara yang bertanding akan mengulangi kejayaan sebagaimana yang dicipta oleh Rifdean Masdor pada 16 Januari 2026 yang lalu. Kita juga harapkan lebih ramai wakil negara akan memenangi kontrak beradu di ONE Championship. Suka dengan semangat atlet Muay Thai kita.  Kalau sebelumnya negara terkenal dengan adik beradik Sidek dalam Badminton. Kita ada adik beradik Yoong Hanifah dalam Luncur Air. Ada trio adik beradik Wan dalam Permotoran. Negara bangga dengan pencapai...